result akademi fantasia 3..

oopss..lupa pulak nak komen pasal result af3 baru-baru ni..memang agak dahsyat larr peminat-peminat mawi kat seluruh malaysia ni coz sangat fanatik.. tak cukup dengan ‘world’, masing-masing siap istiqamah undi mawi..sangat dahsyat..memang larr ini yang dikatakan gelombang tsumawi..tapi secara jujurnya, aku berpendapat bahawa konsert final af kali ini agak hambar berbanding last year..dengan marsha lupa lirik, felix yang buat pertama kalinya tak perform..tapi credit should be given to amylea coz dari tak terer nyanyi, dier boleh improve giler2 punyer waktu konsert final hari tu..tapi penangan mawi dalam lagu ‘gadis melayu’ yang dier nyanyi dalam konsert ke-2 af3 hari tu memang diingati sampai sekarang.. menjadi siulan anak2 muda sekarang..hahaha~ so, lagu ni ditujukan kepada semua gadis melayu di seluruh dunia..

Gadis Melayu

Siapa bilang gadis melayu tak menawan
Tak menarik hati, tiada memikat
Kalaulah memang tak mungkin aku tertarik
Kalaulah sungguh tak mungkin aku kan jatuh

Aduhai… lemah lembut gayanya
Serta manis senyumnya
Hitam pekat rambutnya
Ayuh ambil si dia

Di antara gadis gadis seluruh dunia
Tiada yang sehalus mulus oh setulus dia
Di antara gadis gadis seluruh dunia
Tiada yang sehalus mulus oh setulus dia
Budi bahasanya, pandangan matanya
Sentuhan jiwanya membuatku terlena

Leave a Reply