Archive for October, 2005

FITNAH BESAR..MASYA ALLAH..

Monday, October 24th, 2005

assalamualaikum..phew~ sekarang tgh minggu exam..mmg penat and mmg tak larat.. tadi baru abis paper introduction to law..alhamdulillah…dapat jwb dgn baik.. insya-Allah keputusannyer pun nanti baik…semua bergantung kat kak mie larr coz dier yg tanda kertas..hehe.. tapi, exam fim understanding islam secara jujurnya mmg aku tak dpt jwb..kenapa? tak study ke? mana  boleh tak study.. study larr…tapi ada something yg menyebabkan fikiran aku terganggu malam sebelum paper fim tu..sekadar bertanya kpd insan2 yg membaca blog aku ni.. apa perasaan menjadi mangsa fitnah? apa keadaan dan perasaan saudara atau saudari seandainya menjadi mangsa fitnah? itu lah yg berlaku kepadaku malam itu.. aku dipanggil utk memberi penjelasan atas satu isu, aku dituduh menyebarkan perkara tak baik,yg mmg tak baik sungguh2 kpd org ramai, aku dituduh menjatuhkan maruah org dgn penyebaran perkara2 tak baik tu..mmg terkejut..malah aku dituduh mengeluarkan perkataan TANGKAP BASAH yg aku mmg dah lama tak guna, tiba2 aku dituduh menyebarkan perkara yg demikian rupa…apa yg lebih menyedihkan hati ialah, insan2 yg mengaku SAHABAT selama ini turut menghentam,tuduh melulu tanpa sebarang siasatan..inilah masalahnya apabila kita terlalu mempercayai seseorg….entah benar entah tidak, apa yg keluar dr mulut org tu kita percaya bulat2, mcm larr org tu malaikat…tapi itu lah keadaannya..aku yg sememangnya terkejut dgn keadaan mcm tu, tak mampu berkata-kata, terkesima dgn apa yg berlaku di depan mata..cukup sedih.. inikah PERSAHABATAN?? tanpa mendengar keputusan dr kedua-dua belah pihak.. malah aku dimaki, dicaci dan diulangkeji seharian semalaman…hanya kerana fitnah yg dikeluarkan oleh yg berkenaan…malah, sempat lg buat kelakar..sesudah puas menghentam aku, kemudian boleh pulak kata mcm nie..’sori ek kalau ada yg terasa’…kemudian menggelarkan perjumpaan ini sbg alternatif utk menyelesaikan keadaan..bijak,bijak..kalau lah pun ada pihak yg tak puas hati dgn aku, dtg sendiri kat aku, ckp depan2..kalau dah laki tu, settle one to one larr..apehal bawak back up sampai 3,4 org?? aku tak marah kepada org2 yg mendengar fitnah tersebut..mereka tak bersalah kerana mereka mendengar perkara yg tak betul.. apa yg aku betul2 marah ialah si pemfitnah ni..tak sedar diuntung..dulu, dia tak ingat sape yg byk tolong dia waktu kat kolleq, sape yg tolong dier survive lepas kena buli mcm2 dulu..madu kita bg, racun dia bg…tapi ingatlah.. memfitnah itu lebih besar dosanya dr membunuh…mmg mudah mengungkapkan perkataan maaf, tapi tak mudah utk menyembuhkan luka akibat fitnah yg dibawa… mmg senang menuturkan kemaafan tapi apa guna kalau tak disertai dgn keihlasan…ingatlah, hidup kiat bukan sekadar di dunia ini shj, di akhirat sana ada lg besar balasan yg pemfitnah akan terima…ingatlah..Allah itu Maha Adil…mungkin Allah ingin memberi pengajaran kepadaku bahawa sesungguhnya kita tak boleh percaya seseorg dgn sepenuhnya…mungkin Allah ingin menguji persahabatan kami.. semuanya satu kemungkinan…..Allah jualah Yang Maha Mengetahui….

budak2 gila kuasa di uia pj..

Monday, October 17th, 2005

assalamualaikum..setelah lama tak menulis kat blog nie coz agak bz sejak kebelakangan nie, dgn assignments,quizes,tests,examinations etc, adalah wajar utk saya menuliskembali, sbg tempat utk saya meluahkan perasaan, rasa takpuas hati..bkn apa..kalau terus sound direct,nanti yg kena zaass terasa pulak kan.. hmmm..beginilah…adalah menjadi perkara biasanya utk sindrom gila kuasa berlaku..mmg tak dinafikan, kat mana2 pun berlaku..tapi apa yg menjadi persoalannya skrg ialah, apakah kualiti org yg gila kuasa tu LAYAK utk menjadi seorg PEMIMPIN? ini yg menjadi isunya..apa yg saya kesalkan ialah keadaan MeLex sendiri,yakni kesatuan pelajar bg students law in mtrx..mmg tak dinafikan, ada segelintir yg sgt berkaliber, berkredibiliti..itu mmg tak dpt dinafikan..namun apa yg menyedihkan ialah sebahagian yg lain,yg mana bersifat sgt gila kuasa.. bagaimana yg dikatakan gila kuasa itu? apabila sesama mereka asyik membincangkan tentang jwtn yg akan dipegang utk next semester, sibuk berceritakpd semua org bhw merekalah insan paling sibuk di dunia mengalahkan perdana menteri malaysia dll…kalau benar2mereka sibuk buat kerja, tak mengapa larr jugak..tapi apa yg menyedihkan ialah, sibuk membawa mulut ingin memberitahu satu dunia, namun malangnya hasilnya sgtmenyedihkan.. contoh? takperlularr diceritakan dgn terperinci, demimenjaga insan2 tertentu.. keadaan ini sejujurnya sgt tidak disenangi oleh pelajar2 lain..namun tak semua org berani menyuarakan rasa ketidaksenangan mereka..mereka masih memikirkan adab2 ketimuran dan kemelayuan, ckp berlapik, dgn harapan tidak ingin menyinggung perasaan mana2 individu.. akan tetapi malangnya…..keadaan ini tidak akan mengubah senario semasa..yg gila kuasa tidak akan sedar akan kegila kuasaan mereka..malah mereka akan terus hanyut dibuat mimpi2 indah utk terus mendambakan kuasa yg lebih…nasihat saya cumalah, insaflah wahai insan2 yg berkenaan..perlu diingatkan, ramai lg insan yg berkebolehan drpd ‘korg’ yg ada skrg namun mereka tidak menonjolkan diri sahaja…bukan saya ingin mengatakan bahawa diri saya cukup sempurna..sama sekali tidak..tetapi apa yg saya harapkan cumalah perubahan utk kebaikan…fikir dahulu sebelum bertindak,terlajak perahu boleh diundur, terlajakkata buruk padahnya,apa guna ada jwtn, namun syg nya hasil begitumenyedihkan…renungkan lah…

final dean’s cup..

Monday, October 3rd, 2005

assalamualaikum…segala-galanya telah ditentukan oleh Allah S.W.T… team saya gabungan trio saya(IZZAT)-HUSNA-KAJOL gagal untuk bergelar juara Debat Piala Dekan kali ini apabila tewas kepada pasukan yang telah kami kalahkan sewaktu pusingan ke-5…mungkin agak terganggu dengan keadaan dalam dewan AMF hari tu, saya tidak dapat perform sebaik mungkin..ditambah lagi memikirkan masalah yg melanda matrik uia pj baru2 nie. saya gagal untuk fokus dalam perdebatan.. justeru, ribuan ampun dan maaf saya pohon daripada rakan2 seperjuangan, KAJOL and HUSNA kerana gagal mempersembahkan aksi yg terbaik sewaktu pertandingan akhir yg lalu..juga kepada abg2 dan kakak2 main camp yg dtg sewaktu pertandingan akhir yg lepas…jutaan terima kasih atas sokongan yg diberikan..  kepada coaches..terima kasih atas segala tunjuk ajar.. tak dilupakan kpd kak mie, terima kasih atas segala nasihat dan dorongan…