Archive for August, 2006

pergi takkan kembali…

Tuesday, August 29th, 2006

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
lama benar diri yg kecil lg kerdil di sisi Tuhan ini tidak menulis di dalam blog ini.  Ujian yg datang bertimpa-timpa tanpa diduga benar2 menguji kesabran diri ini.. sedih utk diceritakan tapi hati ini tetap ingin berkongsi kesedihan dengan teman dan taulan…

Khamis (10 ogos 2006- 8.30 pg)
panggilan telefon daripada asu, adik kpd mak, menyuruh diri ini byk bersabar, dikhabarkan ayah telah tiada…bagaikan org bodoh seketika, diri ini mengambil masa yg agak lama utk ‘digest’ maklumat yg baru diterima..barulah diri ini faham apa sebenarnya berlaku…dan tanpa disedari air mata pun mengalir..bagaimana mungkin ayah yg sememangnya terkenal tidak pernah sakit, boleh pergi takkan kembali lg? mcm mana ayah yg sgt menjaga mkn dan minumnya, boleh tiada dlm sekelip mata? mcm mana ayah yg merupakan lelaki termuda di kalangan adik beradiknya boleh meninggal dunia? kalau nak difikirkan scr logik utk mencari jwpn bg setiap persoalan, sampai kiamat pun belum tentu terjawab..tapi, inilah kenyataannya..maka, selepas menunggu asu mengambil diri ini di mtrx, dgn kelajuan 140-160 km/j, asu memecut di lebuh raya…dlm 3 jam, diri ini tiba di kulim, kedah..sesampai saja di rumah, diri ini terus mencari emak..memeluk emak, menangis di bahunya…kami semua susah utk percaya..tapi inilah ujian dari Yg Maha Esa.. kakak dan adik2 pun turut mengalirkan air mata..selepas mengambil wudhu, diri ini membuka kain yg menutupi wajah ayah..sayu hati ini melihat ayah yg kini sudah menjadi arwah…lalu diri ini mengucup dahi ayah tanda rindu yg teramat..bayangkan kali terakhir diri ini berjumap ayah ialah sewaktu sebelum diri ini dtg ke uia 2 minggu lebih awal sebelum bermulanya debat fomca, sekitar hujung bulan 6..dan kali terakhir diri ini berbual dgn arwah ialah pada hari ahad lepas, bbrp hari sebelum arwah dimasukkan ke hospital krn sakit perut, yg disangkakan gastrik..dan malam sebelumnya, arwah telah dibenarkan keluar hospital kerana telah disahkan sihat walafiat cuma perlu byk berehat..dan tanpa disangka2, arwah tiada pd keesokan harinya…setelah mensedekahkan bacaan al quran,yaasin dan lain2…arwah dimandikan lantad dikafankan…dan alhamdulillah, sebelum asar jenazah selamat dikebumikan dan selepas asar talkin dibacakan..dan segala-galanya berjalan dgn lancar..alhamdulillah….

Rabu (23 Ogos 2006- 4 ptg)
emak menelefon, menyatakan ada berita kurang baik yg ingin disampaikan, hati ini mula merasakan ada sesuatu yg tak kena..wan (atuk) telah mengikut jejak langkah ayah, wan telah hilang nyawanya..terkesima dan tersentak..lantas diri ini segera menghubungi kaum kerabat yg berada di kl, utk menumpang balik ke kulim…dan pd petang yg disertai dgn hujan lebat yg tak bertempat, diri ini menaiki kereta tok su menuju ke kulim..dalam pukul 11.15 mlm, kami selamat tiba di kulim..dan di rumah yg sama, di tempat yg sama, arwah wan berada di pembaringan.. sebak hati ini melihat arwah kaku di situ..walaupun jam telah menunjukkan jam 12 tgh mlm, tapi masih ramai yg hadir utk membacakan yaasin dan mensedekahkan bacaan al-quran..diri ini mencari emak dan tok (nenek),memeluk sepuas-puasnya..air mata mengalir lg setelah tak sampai 2 minggu lepas ia keluar tanpa sedar..keesokan ahrinya, arwah dimandikan, dikafankan dan selamat dikebumikan dlm pukul 11 pg..alhamdulillah…..

rentetan peristiwa ini, benar2 menusuk sanubari..hati ini benar2 tersentuh dgn apa yg terjadi.. namun diri in sedar, hidup perlu diteruskan..betapa kuasa Yg Maha Esa tidak boleh disangkal lg.. ajal dan maut tidak mengira usia..sesiapa saja boleh hilang nafas dan nyawanya…maka, marilah sama2 kita menginsafi diri, muhasabah sedalam-dalamnya, adakah cukup amal ibadat yg kita lakukan sekarang utk berdepan dgn Tuhan Pemilik Seluruh Alam sewaktu Hari Pengadilan? fikir-fikirkan..di kesempatan ini, diri ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua -abg2 dan kakak2 KDBM UIAM, para jurulatih, coaches of MCKK debating team,rakan2  batch 0004, rakan2 di mtrx, adik2 debate MCKK dan semua insan yg telah  sudi utk berkongsi kesedihan dgn diri ini.. terima kasih byk2…

marilah sama2 kita mensedekahkan bacaan al fatihah buat roh arwah ayah (Md. Jonid bin Md Noor) dan arwah wan ( Yaacob bin Saad)…semoga roh mereka berdua dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam golongan org2 yg beriman,diampunkan segala dosa-dosanya dan dieplihara oleh Tuhan Yg Maha Berkuasa, Allah S.W.T.. al-fatihah~