pergi takkan kembali…
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
lama benar diri yg kecil lg kerdil di sisi Tuhan ini tidak menulis di dalam blog ini. Ujian yg datang bertimpa-timpa tanpa diduga benar2 menguji kesabran diri ini.. sedih utk diceritakan tapi hati ini tetap ingin berkongsi kesedihan dengan teman dan taulan…
Khamis (10 ogos 2006- 8.30 pg)
panggilan telefon daripada asu, adik kpd mak, menyuruh diri ini byk bersabar, dikhabarkan ayah telah tiada…bagaikan org bodoh seketika, diri ini mengambil masa yg agak lama utk ‘digest’ maklumat yg baru diterima..barulah diri ini faham apa sebenarnya berlaku…dan tanpa disedari air mata pun mengalir..bagaimana mungkin ayah yg sememangnya terkenal tidak pernah sakit, boleh pergi takkan kembali lg? mcm mana ayah yg sgt menjaga mkn dan minumnya, boleh tiada dlm sekelip mata? mcm mana ayah yg merupakan lelaki termuda di kalangan adik beradiknya boleh meninggal dunia? kalau nak difikirkan scr logik utk mencari jwpn bg setiap persoalan, sampai kiamat pun belum tentu terjawab..tapi, inilah kenyataannya..maka, selepas menunggu asu mengambil diri ini di mtrx, dgn kelajuan 140-160 km/j, asu memecut di lebuh raya…dlm 3 jam, diri ini tiba di kulim, kedah..sesampai saja di rumah, diri ini terus mencari emak..memeluk emak, menangis di bahunya…kami semua susah utk percaya..tapi inilah ujian dari Yg Maha Esa.. kakak dan adik2 pun turut mengalirkan air mata..selepas mengambil wudhu, diri ini membuka kain yg menutupi wajah ayah..sayu hati ini melihat ayah yg kini sudah menjadi arwah…lalu diri ini mengucup dahi ayah tanda rindu yg teramat..bayangkan kali terakhir diri ini berjumap ayah ialah sewaktu sebelum diri ini dtg ke uia 2 minggu lebih awal sebelum bermulanya debat fomca, sekitar hujung bulan 6..dan kali terakhir diri ini berbual dgn arwah ialah pada hari ahad lepas, bbrp hari sebelum arwah dimasukkan ke hospital krn sakit perut, yg disangkakan gastrik..dan malam sebelumnya, arwah telah dibenarkan keluar hospital kerana telah disahkan sihat walafiat cuma perlu byk berehat..dan tanpa disangka2, arwah tiada pd keesokan harinya…setelah mensedekahkan bacaan al quran,yaasin dan lain2…arwah dimandikan lantad dikafankan…dan alhamdulillah, sebelum asar jenazah selamat dikebumikan dan selepas asar talkin dibacakan..dan segala-galanya berjalan dgn lancar..alhamdulillah….
Rabu (23 Ogos 2006- 4 ptg)
emak menelefon, menyatakan ada berita kurang baik yg ingin disampaikan, hati ini mula merasakan ada sesuatu yg tak kena..wan (atuk) telah mengikut jejak langkah ayah, wan telah hilang nyawanya..terkesima dan tersentak..lantas diri ini segera menghubungi kaum kerabat yg berada di kl, utk menumpang balik ke kulim…dan pd petang yg disertai dgn hujan lebat yg tak bertempat, diri ini menaiki kereta tok su menuju ke kulim..dalam pukul 11.15 mlm, kami selamat tiba di kulim..dan di rumah yg sama, di tempat yg sama, arwah wan berada di pembaringan.. sebak hati ini melihat arwah kaku di situ..walaupun jam telah menunjukkan jam 12 tgh mlm, tapi masih ramai yg hadir utk membacakan yaasin dan mensedekahkan bacaan al-quran..diri ini mencari emak dan tok (nenek),memeluk sepuas-puasnya..air mata mengalir lg setelah tak sampai 2 minggu lepas ia keluar tanpa sedar..keesokan ahrinya, arwah dimandikan, dikafankan dan selamat dikebumikan dlm pukul 11 pg..alhamdulillah…..
rentetan peristiwa ini, benar2 menusuk sanubari..hati ini benar2 tersentuh dgn apa yg terjadi.. namun diri in sedar, hidup perlu diteruskan..betapa kuasa Yg Maha Esa tidak boleh disangkal lg.. ajal dan maut tidak mengira usia..sesiapa saja boleh hilang nafas dan nyawanya…maka, marilah sama2 kita menginsafi diri, muhasabah sedalam-dalamnya, adakah cukup amal ibadat yg kita lakukan sekarang utk berdepan dgn Tuhan Pemilik Seluruh Alam sewaktu Hari Pengadilan? fikir-fikirkan..di kesempatan ini, diri ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua -abg2 dan kakak2 KDBM UIAM, para jurulatih, coaches of MCKK debating team,rakan2 batch 0004, rakan2 di mtrx, adik2 debate MCKK dan semua insan yg telah sudi utk berkongsi kesedihan dgn diri ini.. terima kasih byk2…
marilah sama2 kita mensedekahkan bacaan al fatihah buat roh arwah ayah (Md. Jonid bin Md Noor) dan arwah wan ( Yaacob bin Saad)…semoga roh mereka berdua dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam golongan org2 yg beriman,diampunkan segala dosa-dosanya dan dieplihara oleh Tuhan Yg Maha Berkuasa, Allah S.W.T.. al-fatihah~
August 29th, 2006 at 11:06 pm
sabarlah izat..percayalah..Hanya umatnya yang tabah dan kuat yang akan diberi ujian sedemikian rupa. Bersyukurlah kerana izatt terpilih untuk berada dekat denganNYA
August 30th, 2006 at 12:03 am
Kenanagn yg terindah…i’ll be there for you.;)
August 30th, 2006 at 2:54 am
hadapi dgn senyuman..segala terjadi..bia terjadi..hadapi dgn tenang jiwa…semua..kan baik- baik saja..bila ketetapan tuhan..sudah ditetapkan tetap laa sudah..
August 30th, 2006 at 12:14 pm
sabar bro…
ade hikmah di sebalik tuh..
takziah dr ako..
igt,
ko ade lagi kawan2..
take care bro
August 30th, 2006 at 10:08 pm
be strong, although these experiences are incredibly overwhelming for you, you will eventually find a way to move on. remember all the good times you had with them.
August 30th, 2006 at 11:27 pm
Salam Izzat,
2 bulan lepas, atuk Puteri pun telah kembali ke rahmatullah, mmg tak disangka..
SO,
I understand how you feel…
It IS that easy to lose a life.
It IS that real when someone is gone.
It’s like reality hit you.. too hard at one time..
Like how I messaged you that day, tabahkan hati bagi yang masih ada.
teruskan kehidupan hari ini berbekalkan pesanan ayah dan atuk izzat..
jangan lupakan mereka dalam doa izzat ya.
take care.
wsalam.
August 31st, 2006 at 12:02 am
rememba.. like i told u da other day.. life must go on…
tiada satu musibah akn trs menerus menimpa seseorang..,
sekalipun pada 1 hari ia datang jangan tunduk & jangan byk mengeluh. rmai orang mulia ditimpa musibah tp dia sabar, & musibah2 itu pun menghilang dengan sendirinya. hari2 sgt bangga keats diriku.. namun, ketika mlihat kesabaranku.. ia pun layu
August 31st, 2006 at 12:08 am
trimelah setiap dugaan itu dengan hati yang terbuka..
kerana sesungguhnya.. sekiranya ALLAH mnguji sesuatu kaum itu, bererti. Dia sayang kepadanya..
stiap dugaan yang diberi.. sebenarnya bertujuan memantangkan kita, mengajar kita erti kehidupan, menguji dengan apa yang mampu kita lakukan
August 31st, 2006 at 12:42 am
i know u from shfarah.and i heard bout all the saddest things dat u’ve been thru, only in one sad august..takziah,byakkan bersbr n percayalah sumenye ade hikmah..Allah sentiasa ingin menguji hamba-Nya yang beriman kepada-Nya..sentiasa bykkan beristighfar…
August 31st, 2006 at 2:09 am
assalamualaikum..
i guess u might not know me, but somehow i know u thru my cousin in mckk.
kalau saya nk kata saya faham, tak boleh juga, sbb bukan saya yg alami sendiri. yg boleh hanyalah ungkapan serta kata2 semangat yg mungkin, InsyaAllah dpt menenangkan hati saudara.
dugaan yg diberi Allah mmg tidak dpt dijangka. malah saya masih ingat waktu saya menjaga atuk yg sedang sakit. dan tiba2 dikhabarkan bahawa dia sudah tiada. saya fikir saudara sudah tentu lebih memahami apa yg saya rasai.
saya doakan saudara dpt menempuhi segala pahit getir kehidupan dgn hati yg tabah.Allah sentiasa menyayangi hamba2nya yg soleh. moga2 roh arwah ayah dan atuk saudara ditempatkan di kalangan org solihin.
hidup mmg tidak selalunya indah. langit tak selalu cerah. suatu hari, mungkin saya akan alami apa yg saudara alami. Allah knows.
terimalah salam takziah yang ikhlas dari saya.
wassalam.
August 31st, 2006 at 5:38 am
i know the feeling… i went through the same thing last year… first my loving aunt followed by my grandmother who i love very much… firas n family ucap takziah… kirim salam kat ur mum and siblings…
August 31st, 2006 at 8:42 am
I’ll be your crying shoulder….
August 31st, 2006 at 8:45 am
God loves them more than we do, indeed.
let’s jus hope that arwah will eternally rest in peace.
September 1st, 2006 at 10:47 pm
assalmualaiku izzat…
im sorry to hear about the mortifying news…
kitorang kat koleq sangat sedey and tak menyangka for such unexpected news…
but,trust me…
tuhan sentiasa menguji kita… be it dari segi kewarasan,kesabaran and others…
i believe you should take it as an inspiration and simply do the best in every single thing that you do…
buat segala-galanye untuk arwah,family and Allah..
they will be proud of u,izzat!! trust me…
September 2nd, 2006 at 11:00 am
you are the hero of your family…you have to be strong…any problem just contact me..take care,study hard..
September 5th, 2006 at 9:10 am
terima kasih pada semua.. benar,hidup perlu diteruskan..
September 12th, 2006 at 10:14 pm
sabar yerk izzat…tlg kak sarah
September 14th, 2006 at 8:46 pm
banyak2 sabar yer….
mybe izat dah bosan dgr word ’sabar’…tp mmg itu word yg sesuai…n percaye la yg setiap kejadian tu ader hikmah…even u lost them,ingat la ramai lg yg ader utk u kat dunia nih…even ilang kasih syg 2 org yg mmg x blh ganti,tp u still have the others…tuhan turunkan ujian utk insan yg terpilih jer…u r the lucky one!!so,be patient..strong n smile k…take care!!
January 18th, 2007 at 8:54 pm
aku cuma harap ang tabah jer… aku tumpang simpati kat ang… 2007 ni hope ang succes noh???? ang pun banyak tolong aku.. tima kasih bebanyak…..
February 4th, 2007 at 6:06 pm
assalamualaikum..
hrp tbh dan sabar menempuh ujian niE..ingat,kte sndri pn akan pergi 1 ari nanti.Kte sama-sama berdoa smoga mereka dtmptkan dtmpt orang2 yg beriman..Al-Fatihah..
April 22nd, 2007 at 11:09 am
A’kum izzat,
Sabar, apa yg b’laku ada hikmah diseblknya, Allah takkan berikan ujian yg dia tahu hambanya tak mampu memikul,so i know u r strong n u can face this,ur the man!