DEBAT PIALA UIAM 2007 (SIRI KE-2 DAN UNTUK TERAKHIR KALINYA)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Ketemu kita sekali lagi di dalam blog ini, atas topik yang sama, dalam siri ke-2 dan mungkin yang terakhir kalinya, untuk menjawab segala persoalan yang ditimbulkan. Saya ingatkan apabila saya menulis di dalam topik yang sama untuk kali pertama, bagi menjawab persoalan-persoalan yang dilemparkan, mungkin redalah suasana dan hiruk pikuk suara-suara sumbang yang mempertikaikan kemenangan MCKK tempoh hari. Malangnya, apa yang berlaku adalah sebaliknya, keadaan menjadi semakin haru biru dan kelam kabut.                 

Baiklah, untuk menjawab persoalan baru yang dikemukakan, suka untuk saya ingatkan kepada semua, bukan saya yang memulakan pertikaian tentang pertandingan akhir Debat Piala UIAM yang telah 10 hari berlalu. Malah, apa yang lebih menyedihkan, mereka menasihati saya pula untuk membiarkan perkara yang telah berlalu dan jangan diungkit lagi perkara yang telah lepas, akan tetapi, sayangnya, di sebuah laman web di luar sana, ada pihak pula yang cuba mengkritik keputusan jemaah hakim pada pertandingan akhir tersebut dan menyediakan ‘poll’ untuk undian, bertanyakan siapakah yang patut menang, adakah MCKK ataupun SSP. Dan setakat yang saya perhatikan, keputusan lebih berpihak kepada pasukan SSP. Pihak ini nyata sekali bercanggah dengan diri sendiri, kata hendak membiarkan yang menang dengan kemenangannya, dan yang kalah dengan kekalahannya, akan tetapi perdebatan dan undian yang dijalankan, menggambarkan pihak tersebut bukan sahaja tidak bersetuju dengan apa yang berlaku di alam nyata, malah cuba pula untuk membuat keputusan sendiri di alam maya. Cuba bayangkan betapa luluhnya perasaan mereka yang menjadi subjek di dalam isu ini, mereka telah mengecap nikmat kemenangan, namun ada pula suara-suara sumbang yang mempertikaikan kemenangan mereka. Mungkin pihak-pihak terbabit lebih suka memuaskan hati sendiri dengan menulis semahu dan sesedap rasa mereka tanpa mengambil kira perasaan mereka yang tidak berdosa ini. Entahlah, saya pun tidak tahu apa yang akan terjadi kepada manusia seperti ini. Saya ada terbaca artikel-artikel di sebuah laman web yang tajuknya berbunyi ANALISA, namun isinya penuh dengan 1001 pertikaian dan keraguan tentang keputusan akhir tersebut. Kalau berharap pada nama dan tajuk sahaja, saya kira tidak akan ada satu artikel pun yang buruk, hatta kalau surat George W Bush kepada Mahmoud Ahmadinejad yang intipatinya berbentuk ancaman perang atau sekatan dagang, namun kalau tajuknya adalah SURAT  KEPADA PRESIDEN IRAN, maka jatuh hukum kepada surat tersebut adalah mulia dan baik-baik sahaja kerana tajuknya tidak pernah ada perkataan yang berbentuk negatif, walaupun isinya, hanya Tuhan Yang Lebih Mengetahui. Nasihat saya, jangan cuba berselindung dengan tajuk semata-mata, namun apa yang lebih penting adalah, sila lihat pada isi kandungannya.

Saya telah mendapat respon dan ‘feedback’ daripada pembaca-pembaca di luar sana,malah ada juga bekas pelajar SSP yang juga pendebat di peringkat universiti sendiri bersetuju dengan apa yang saya perjelaskan di dalam blog saya baru-baru ini. Lihat, kalau bekas pelajar SSP sendiri dapat menerima kekalahan pasukannya, mengapa pula pihak-pihak lain yang saya kira tidak ada kena mengena dengan pasukan SSP pun, hendak bertindak berlebih-lebihan? Mungkin inilah yang dikatakan peribahasa, lebih sudu daripada kuah. Malah, pendapat peribadi saya sendiri, tulisan saya baru-baru ini disampaikan dengan penuh berhemah dan saya menjawab dengan penuh berhikmah, tidak timbul perkataan-perkataan yang membawa maksud seperti ‘p*kak’ seperti yang ditulis seseorang di luar sana, apatah lagi perkataan yang membawa maksud carutan seperti yang didakwa di sebuah laman web di luar sana. Melainkan perkataan ‘terbabit’ juga telah dianggap sebagai satu bentuk carutan, saya kira saya harus menghubungi Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mengesahkan perkara tersebut. Bukan apa, saya risau juga, kerana ada pihak yang mendakwa saya mencarut dalam blog yang saya nukilkan ini. Setelah dianalisa, yang dikatakan mencarut itupun adalah perkataan ‘terbabit’. Pelik bukan? Tidak mengapa, saya menerima dengan hati yang terbuka. Saya bukanlah cepat melatah dan cepat melenting seperti yang didakwa, namun apa yang saya lakukan adalah sekadar mempertahankan maruah alma mater tercinta, setelah diasak dan digasak dengan 1001 tohmahan dan kejian, mungkin ada yang terasa di sebalik hasil tulisan saya, ampun dan maaf saya pinta kepada mereka yang terasa.

Kepada Cikgu Manaf dari MRSM Balik Pulau, saya tidak akan melupakan memori pada tahun 2003 sewaktu mengadakan debat persahabatan dengan MRSM Balik Pulau atas pertolongan Saudari Farhaneen Afzal Mazlan. Layanan mesra cikgu dan pelajar-pelajar MRSM Balik Pulau tetap saya kenang sepanjang zaman, Cuma yang saya harapkan daripada cikgu adalah jangan biarkan ukhwah yang telah terbina sekian lama terputus di pertengahan jalan, hanya kerana perbezaan fahaman dan buah fikiran.

Saya tidak berniat untuk memberi apa-apa komen peribadi tentang pertandingan akhir tersebut, kerana saya sedar dengan pengalaman dan pengetahuan yang tidak seberapa di dalam dunia perdebatan ini, siapalah saya untuk berceloteh mengenainya. Cuma, tahniah yang tidak terhingga kepada kedua-dua pasukan; MCKK dan SSP atas persembahan yang cukup menakjubkan sewaktu berdebat di peringkat akhir pada 17 April yang lalu. Masih ada banyak kelemahan yang perlu diatasi dan kesilapan yang perlu diperbaiki. Nasihat saya, lupakan apa yang berlaku dalam Debat Piala UIAM yang lalu, buka buku baru dan berusaha dengan lebih gigih dalam Pertandingan Debat PPM di SAKTI tidak lama lagi.

Nasihat saya kepada pihak-pihak yang acapkali menimbulkan kontroversi dan kerapkali mensensasikan sesuatu berita, banyak-banyakkanlah bertaubat dan berhentilah daripada membuat cerita-cerita karut yang tidak logik diterima akal. Daripada anda membuang masa membincangkan perkara-perkara yang tidak membantu langsung untuk membangunkan minda, lebih baik anda semua membaca buku dan melayari internet untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan menajamkan akal fikiran. Debat merupakan seni pengucapan awam yang melatih keyakinan diri untuk berucap di khalayak umum. Kalau kita hanya berdebat di alam maya, kita tidak akan dapat melatih kemahiran ini dan kita mungkin boleh menjadi seorang pengkritik atau penulis yang baik, namun belum tentu berupaya menjadi pendebat yang baik.

Jangan risau, saya tidak akan melayan sebarang cubaan untuk membidas atau mengkritik saya di lain masa, kerana ini adalah pendapat peribadi saya. Saya juga tidak akan menulis lagi tentang Debat Piala UIAM 2007 ini, banyak lagi perkara berfaedah yang dapat saya lakukan daripada melayan karenah pihak-pihak tertentu. Hidup perlu untuk diteruskan, kepada semua, selamat berjaya dalam menempuh hari-hari yang mendatang, jangan asyik menoleh ke belakang, kelak langkah menjadi pincang, tingkah menjadi songsang, akhirnya anda juga yang kecundang. Terima kasih. Assalamualaikum

12 Responses to “DEBAT PIALA UIAM 2007 (SIRI KE-2 DAN UNTUK TERAKHIR KALINYA)”

  1. Haqqa Says:

    here here izzat~

  2. Hazze Says:

    well..abg izzat..i hav 2 agree with u..what’s done cannnot be undone..bg pihak SSP..tidak prnh terlintas pun utk mprtikaikan result dat day..mlh kami bersyukur yg teramat dapat mnjejakkn kaki dipntas akhir UIA..=)

  3. zaim Says:

    A PERFECT SEAL THOUGH….

  4. apyst Says:

    ok abang izzat..
    tak per.. dah berlalu dah pun, pepun, memg best pentas final ssp vs mckk.. jadi, kuatkan ikatan semua pendebat, perdebatan bukan bertujuan mencari pergaduhan, tetapi permainan minda.. jadi, toksahlah pihak sana bergaduh..

    kita ibarat air yang dicincang tidak akan putus, hasad dengki sahaja jadi punca..
    kalau mcm tuh, bagi je madrasah idrisiah lawan pentas final.. ahaha..
    ok.. bye..

  5. r z r Says:

    hurmm..aku suka ayat last tu

    “jangan asyik menoleh ke belakang, kelak langkah menjadi pincang, tingkah menjadi songsang, akhirnya anda juga yang kecundang.”

    hehe..

  6. 'ikhwanzhaki' Says:

    huh…tatau nak cakap apa2…ALLAH yg lebih mengetahui

  7. affendy Says:

    thanks for all ur statements.thanks bro.

  8. affendy Says:

    saya bersa terkilan dan amat dissapointed dengan segala tohmahan yang langsung tak berasas daripada pihak-pihak saya sendiri tak kenal. what i ve done to them until they extremely hated koleq too much?to sum up everything, menang salah kalah pun salah.always being questioned…they said that there was a scandal and conspiracy during the final-> 5 judges were budak koleq- hello, who the hell are they? encik khair,abg babad,cik kiah, editor edu kat BH,and ada sorang kakak lagi.ckp judges bdak koleq ada 5 tapi skrg dah 4..kalau ada pun diorang nie batch mana,nama apa?maybe it sounds emotional, but did they know how much the efforts that we put to win the cup until they can spread up all the stupid stories or i can consider them as FITNAH.think wisely. no matter what they said to us, aslam,areleng,me(fendy) and the whole family of the debate team will remain stronger.the battle will begin in Kota Tinggi and i hope everyone will pray for our success.-kulayangkan panah ke udara, hilangya jatuh entah ke mana, nun jauh di kebun getah, bila ku ambil tak jua patah-

  9. myra Says:

    izzat, i think i know why ‘TERBABIT’ appears as a carutan to them.. they ddnt see the ‘T’ at the end of it. so it was read as ‘terbabi’ i suppose.hahah. when u have a maggot cheese under ur nose, u’ll accuse the whole world smelly. sigh. let the Magpies be..not that they can fly high anyway~

  10. HeLMan Says:

    SAYA PUN HEAR JUGAK……..well….macam mane la penulis yang di sebelah sana tu boleh jadi laki ek hqa…?

  11. muhammad hanis Says:

    haha… thanx 4 da info.. anyway, gud luck to all of u… 2oo8 debaterz and also the teachers(dear teachers n oldboys) all da best bro…

  12. ghazali zawawi Says:

    A’kum… sy, student MRSM KCH… Actually, sy pernah join piala debat uiam last year dan Alhamdulillah, MRSM kami mendapat tempat yang ke-20 dan itu sy kira mrupakan satu pningkatan yg ckp mberangsangkan… Main point: This year, tema apa pulak utk piala debat uiam??? enchanted pun blh thn jgak… pas2, sy mhrpkan agar thn ni kami berjaya mdpt top 3 as kami dah mbuat persediaan yg amat kukuh… semasa judge 2, bagi kami mng yek… he2

Leave a Reply