DEBAT PIALA UIAM 2007

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera untuk semua..
Alhamdulillah, akhirnya tamat sudah Pertandingan Debat Antara Sekolah-Sekolah Malaysia, anjuran UIAM untuk tahun 2007 ini.

Keputusannya, ada yang telah tahu, ada yang belum mendengar perkhabarannya. Untuk kategori Bahasa Melayu, johan disandang oleh MCKK, dengan keputusan juri 9-0, dan untuk kategori Bahasa Inggeris, SAS merupakan juara baru menggantikan St Xavier yang telah menjadi johan bahas Bahasa Inggeris 3 tahun berturut-turut sebelum ini, menewaskan STAR dengan juri 6-3.

Selaku salah seorang coach atau jurulatih pasukan debat BM MCKK, saya berasa sangat bangga dan puas setelah menunggu 4 tahun lamanya untuk alma mater kesayangan saya ini begelar juara, seawal saya menyertai pertandingan ini sewaktu saya berada di tingkatan 5, sehinggalah setelah 3 tahun meninggalkan MCKK yang tercinta, akhirnya Piala Tun Sri Lanang menjadi milik kami jua.

Kepada pasukan yang bergelar juara, Aslam selaku kapten pasukan dan Aleng, ketua pelajar yang sinikal dalam diam, Fendy si tembam yang suka berseloroh, kesemuanya telah saya didik seawal di Tingkatan 1 lagi, Mus’ab pendebat simpanan yang masih belum sempat saya kenali dengan lebih dekat, sekalung tahniah saya ucapkan kepada anda berempat!!

Kepada pasukan ke-2, diketuai oleh Yuhaikal, comel dengan sirna mata yang menggoda, Aqwa dengan senyuman ala-ala pontianak, Nash yang diharamkan makan ayam tapi boleh pulak makan nugget ayam, dan Aniep yang kecil macam budak darjah 3, tahniah juga diucapkan kepada anda semua kerana tanpa latihan intensif, anda semua layak ke pusingan octo final dengan menduduki ranking ke-7 setelah tamat pusingan awal, lebih tinggi daripada pasukan pertama, suatu prestasi yang cukup mengagumkan!

Kepada pasukan bahas Bahasa Inggeris, diketuai oleh Ed, dibantu oleh Nab yang semakin membesar dan Rashad yang semakin suka mengumpul jerawat di muka, tidak dilupakan Fido yang tidak membesar dari dulu lagi, tahniah juga kepada anda semua kerana telah berjaya memenangi kesemua 7 pusingan awal meskipun tersungkur di pusingan separuh akhir. Kendatipun begitu, apabila ketiga-tiga pendebat utama berjaya menempatkan dalam top 10 overall best speaker, itu satu rekod yang perlu untuk dipuji dan disimpan sebagai kenangan terindah bersama.

Tidak dilupakan, tahniah yang tidak terhingga kepada guru-guru; Cikgu Umi, Cikgu Azfa, Cikgu Sharifah, Cikgu Safaliza atas pencapaian anak-anak murid cikgu ini. Kepada kesemua jurulatih pasukan bahas MCKK; Abg Raf, Abg Ben, Abg Allen, Abg Kanoe, Abg Fazurin, Helman, Haqqa, dan Bucks, kejayaan ini milik kita bersama!!

Baiklah, saya kira pasti ada yang tertanya-tanya, mengapakah saya kembali menulis di dalam blog yang tidak seberapa ini. Mungkin juga ada yang telah tahu sebabnya. Biarlah saya merungkai segala kekusutan di minda.

Apabila maruah kita dicabar dan dicalar, perlu untuk kita bertindak balas ke atas mereka yang memulakan sengketa. Apabila ada yang mempertikaikan ketelusan dan kejujuran cara kita bekerja, perlu untuk kita menerangkan hakikat sebenar supaya tidak timbul lagi sebarang isu yang melanda. Saya suka untuk menjawab beberapa persoalan yang dikemukakan oleh sebuah laman web di internet sana, mengaku untuk membangunkan dunia debat di Malaysia kononnya, sayangnya pengakuan itu lenyap di sebalik segala tohmahan, kejian dan cacian yang tidak terhingga.

Pertikaian tentang keputusan akhir debat Piala Tun Sri Lanang; SSP selaku kerajaan dan MCKK selaku pembangkang. Dengan usul ‘Peperangan Adalah Jalan Terbaik’, perdebatan dimulakan oleh meja kerajaan dan diakhiri dengan ucapan penggulungan, juga dari meja kerajaan. Saya tidaklah arif tentang dunia debat ini, mungkin tidaklah sehebat mereka yang berada dan memberi idea di sebuah laman web sana, tetapi setidak-tidaknya saya tahu tentang roh sesebuah perdebatan. Pada hemat saya, apabila perdebatan hanya didasari aspek teknikal; sebagai contoh memberi celahan, ‘KETUA PEMBANGKANG TELAH MENERIMA DEFINISI PERDANA MENTERI, ANDA PERLU UNTUK MENGIKUT LANDASAN DI MEJA KERAJAAN’ atau ‘BUKANKAH KAMI SUDAH BERCERITA, KAMI TIDAK INGIN MEMBINCANGKAN DIPLOMASI YANG BERJAYA, KAMI INGIN BINCANGKAN DIPLOMASI YANG BUNTU, KEMUDIAN MENGAMBIL JALAN PEPERANGAN UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH’, debat itu tidak lagi bermakna. Lihat, perdebatan yang hanya bertunjangkan teknikaliti, tidak memperdebatkan tentang hujah dan tidak menunjukkan kematangan akal fikiran menerusi pembentangan fakta-fakta yang relevan, menyebabkan para hakim bosan dan tidak lagi berminat untuk mendengar perbincangan tentang aspek-aspek teknikal. Seperti yang para pendebat sedia maklum, markah untuk kaedah hanyalah 20 markah, soalnya sekarang,kenapa pendebat menumpukan kepada aspek teknikal melebihi daripada aspek isi yang mencakupi 40 markah? Bukan tidak boleh mengikat pihak lawan dengan definisi konsep yang disampaikan, boleh benar, cuma apabila pihak lawan tidak boleh buktikan diplomasi yang berjaya, pihak lawan juga tidak boleh membuktikan kesan, maka apakah nilai perdebatan itu? Adakah kita hanya akan menyaksikan kedua-dua belah pihak di pentas pusingan akhir yang hanya hebat dari segi persembahan namun kosong dari aspek penghujahan dan hanya berdebat bertunjangkan kesilapan teknikal pihak lawan? Saya pasti, kalau begitulah yang dituntut oleh pihak-pihak tertentu di sebuah laman web nun di luar sana, pada hemat saya, anda perlu beristighfar seketika.

Sudahlah begitu, ada pula jurulatih sebuah pasukan ini yang cuba untuk mengatakan pasukan MCKK mengeluarkan fakta-fakta yang pelik-pelik, sehinggakan beliau sendiri tidak pernah dengar. Saya rasa, Perjanjian Camp David yang begitu penting dalam aspek sejarah peperangan dunia, ditandatangani antara Presiden Mesir Anwar Sadat dan Perdana Menteri Israel Menachem Begin pada 17 September 1978 adalah wirid biasa untuk seorang pendebat yang digembar-gemburkan hebat di peringkat universiti. Bukankah apabila pendebat universiti itu tidak tahu, seolah-olah membuka pekung di dada sendiri, kerana pelajar sekolah menengah boleh tahu, takkan pendebat hebat seperti beliau tidak tahu, musykil bukan? Tidak tahu lah pulak, kalau-kalau pendebat itu cakap berdegar-degar, tahi terlekat di gelegar. Ini adalah satu peribahasa, boleh semak kalau tidak percaya. Maka, ujian fakta yang diajukan kepada pendebat SSP ini, bukan sahaja gagal dijawab, malah kegagalan untuk menjawab soalan tersebut dipuji pula oleh beberapa pendebat universiti ini. Saya pun tidak faham, apa yang sedang berlaku di dalam dunia debat sekarang.

Ada pula pihak yang mengatakan pendebat ke-3 dari MCKK adalah raja retorik bahasa, tidak membidas kata mereka. Kalau tidak membidas, takkanlah pulak boleh dapat gelaran pembahas terbaik. Lagipun yang jadi hakim di pusingan akhir tu, bukanlah calang-calang orang. Kesemuanya orang dewasa, yang matang pemikirannya dan luas ilmu pengetahuannya, takkanlah bagi orang-orang yang ijazah pertama pun belum dapat, ada hati hendak mempertikaikan akan kredibiliti mereka yang menjadi hakim pada hari tersebut? Mungkin inilah yang dikatakan orang, pendebat universiti syok sendiri dengan dunia debat mereka tanpa mengambil kira perkembangan dunia nun di luar sana. Cukup menyedihkan.

Tidak cukup dengan itu, ada pula yang memfitnah, mengatakan tahun lalu MCKK layak ke pusingan akhir kerana Menteri Pelajaran nak tengok sekolahnya di pentas pusingan akhir. Wah, mudahnya tuduhan!! Habis tu, yang selama ini MCKK layak ke pusingan akhir dari tahun 2004, 2005 tu, ada ke Menteri Pelajaran waktu tu? Tinggal tanda tanya buat mereka yang mengata. Timbul lagi cerita, MCKK tewas kepada SBPI Gombak tahun lalu dengan juri 6-1, bukan 6-1 wahai penabur fitnah sekalian, 4-3 sebenarnya. Kalau hendak saya sebutkan siapakah yang memberi keputusan 3 kepada MCKK pun saya boleh ceritakan, namun demi menjaga integirti dan maruah diri, saya simpan maklumat tersebut sebagai rahsia untuk kami sendiri.

Ada pihak juga cuba mempertikaikan keputusan separuh akhir MCKK menentang MRSM Pasir Salak, katanya tidak logik keputusan 9-0. Wahai insan-insan di luar sana, apa yang tidak logiknya, kalau WTO tu pun mereka tidak tahu, gagal bezakan dengan FTA, WTO yang wujud pada tahun 1995 pula dikaitkan dengan Perang Teluk 1991, memang keputusannya layak menjadi 9-0. Untuk makluman semua, kalau pun ada orang menyatakan 5 daripada 9 hakim sewaktu pertandingan akhir adalah dari MCOBA ataupun bekas pelajar MCKK, saya ternanti-nanti juga siapa orangnya, manalah tahu kalau-kalau pihak terbabit hendak dedahkan nama. Kalau 5 orang saya terfikir juga, tak kan Kak Kiah dan Kak Mie juga dari MCKK, kerana setahu saya selaku bekas pelajar MCKK, MCKK tidak pula mengambil pelajar perempuan. Entahlah, cerita dongeng dan fitnah besar ini terus menjadi tanda tanya.

Di akhir penulisan ini, saya ingin memohon jasa baik pihak terbabit dan individu-individu tertentu untuk menghentikan segala tuduhan melulu dan tidak berasas yang mereka lemparkan kepada mangsa yang tidak berdosa. Perkara yang lepas biarkanlah berlalu, usah dikenang kisah dahulu. Siasat sesuatu perkara sedalam-dalamnya, baru boleh biarkan mulut berbicara. Jika tidak, kita akan terus hidup sebagai tin kosong yang tidak berisi, bunyinya kuat menggegar bumi isinya tiada sayang sekali. Kalau ada dendam peribadi, jangan semberono libatkan mereka yang tidak memahami, selesaikan dengan menggunakan akal budi, baru terangkat nilai manusiawi. Fikirkan bersama. Assalamualaikum.

22 Responses to “DEBAT PIALA UIAM 2007”

  1. MooN Says:

    =)

  2. UniteFect Says:

    U’ve answered everything, it will not silence the pahat/tukul which will keep on making noises.

    Let’s move on and biarkan luncai dengan labu-labunya.

    If I were Shafiq Fadly, I would be more worried with the fact that entah2 lepas UTP aku nak masuk PETRONAS, coach2 MCKK ni yang interview aku (he he) and decide nak bagi kerja ke tak.

    I hope by then dia dah matang sikit kot.

  3. Haqqa Says:

    sigh
    typical la msian or specifically melayu.pantang tgk org laen berjaya.x bole ke put aside hasad dengki etc just for once???

  4. Syazwan Says:

    mantapla ex-MCKK nih!! sape yang pertikaikan keputusan hakim separuh akhir masa MCKK vs MRSM Pasir Salak tu?? macammana tak 9-0 kalau pembangkang tak lawan kes? usul WTO PERLU LEBIH KUASA. Pembangkang pi buat WTO PERLU LEBIH ‘BER’KUASA??????

  5. ewan Says:

    caiya lar abang izad!!!!!!!!!!!
    memang patut pun mckk menang semi final n final…

  6. Haqqa Says:

    sigh.izzat.ada lg insan yg x puas ati dgn kemenangan mckk.check out url ni

    sci3ntisz.blogs.friendster.com/rmc_debating_review/

    masa team laen klhkn mckk dulu xde lak nk bising2 why mckk shud hav won =(

  7. Hafiz daro Says:

    urm tahniah izat..abg pon tumpang bangga ngan kejayaan korang…urm abg btol2 nak nk jd coach koleq tp nk buat mcm mane..sape la yang nak amik…urm bukan jauh hati, tapi sedikit kecewa kot…well anyway..keep up the good job..klu ade pape..nk minta nasihat or pandangan dari bekas pendebat yang terpinggir ni..sila la..abg ade je kat frenster ni…till then..bye..

  8. r z r Says:

    haha..yeahh..come on izat..
    aku pun tak phm ar dgn bdk utp yg sorg ni..nk bg comment pon, tak check dulu betul ke tak..main kutuk je..
    heh..after all, diorg ni jeles ngan koleq
    *sigh*

  9. r z r Says:

    kalau pezen gempak sgt, x pyh bg keje kt bdk 2! hehe

  10. apyst Says:

    ahaha.. terjawab semua simpulan soalan yang bermain di minda, btw, analogi bodoh ssp,makan mee tak da sudu, jadi, guna garpu.. guna garpu mean itu jalan terakhir, bukan jalan terbaik. kalau jalan terbaik, pi la beli sudu n garpu yang lengkap kat kafe bwh studio kdbm.. ahahah…

  11. -bukhari- Says:

    hahah… good on u, izzat!
    patut biar aslam-aleng-fendi je yg answer balik kt die…
    ntah2 die nk face 2 face ngan fendi kot? ako x surprise sape menang nnt… :)

  12. myra Says:

    zasss! bidasan yg sharp gell! well done izzat! its time we put a stop to all these shyts..sedih melihat debat menjadi medium kutukan dan hasad dengki.. i wonder when will these people learn.. kejatuhan org lain seems to be ’serum kegembiraan’ for them..biarlah..some people, are just too weak utk berjaya sendiri, sehinggakan terpaksa bangkit dgn menjatuhkan org lain..

  13. myra Says:

    plus, on a less serious note, dat utpian just humiliated pet’s scholars! uhuh! =P

  14. asiah Says:

    ACTUALLY
    YG PATUT MENANG SSP
    BUT,OK LA MCKK WON THE MATCH

  15. asiah Says:

    CONGRATE TO MCKK
    TAPI NEXT TIME
    SSP IS THE WINNER

  16. Mr Q Says:

    wow..good2..just read it..terjawab semuanya..haha

  17. Hazze Says:

    let bygones be bygones…sy hrp after nie x dek lg pertikaian yg boleh mngeruhkan lg keadaan..ok?

  18. zaim Says:

    YES!!!!!!!! MANTAP IZIN! BIOR TERBUNGKANG DEPA!!!!! ;)

  19. HeLMan Says:

    yaaa…..hidup izzat……izzat mesti terus hidup……sape la org yg kat sebelah sana tu….kura-kura dalam perahu, dah x tahu buat la x tahu……saya rase kita kene upah hairoule utk cucuk jari telunjuk n jari hantu die sebab 2 jari tu je yg mengeruhkan keadaan…….rite

  20. FaisaL Says:

    omg
    byknyer aku miss pasal benda2 ni
    nanti aku call ko k izzat
    =)

  21. PeNOlonG Says:

    semekom izzat..nie aku tauffiq adhwa…
    alih2 aku tgglkn koleq aku dpat nickname…sekarang aku most likely known as TOPEQ…huahua…
    gile r..saspek gua..tabik spring la….akhirnye koleq dpt apa yg sepatutnya koleq ptut dpt…..
    so congrates…ape2 pun ko mmg best!!—>topeq@UniMAP
    Computer Engineering…
    kapkoon…

  22. daungetah_pink Says:

    i wonder what kinda of blog is diz actually????huhuhu

Leave a Reply