DEBAT FOMCA 2007
Selection untuk Debat Kepenggunaan a.k.a Debat Fomca dijalankan. Tak ramai yang datang. Sikit jerr. Dah larr lepas selection tu kena kejar bas ke Debat Pantai Timur, buat kat UiTM Dungun. Bukan pergi nak bertanding, tapi nak tolong team UIA Kuantan, diorang baru 1st time nak masuk. Pasal dalam team tu ada Kak Haneen, dia yang mintak tolong sangat-sangat, so terpaksalah pergi gak.
Anyway, selection selesai. Yang dapat Abg Syazwan, Kajol, Nun dan diri ini. Dapat tau pun through sms, Mumu bagitau, coz waktu dapat tau tu pun dah ada dalam bas, baru nak gerak. Alhamdulillah dapat. So training seperti biasa, Cuma mungkin kali ini effort lebih sikit kot coz kitorang semua buat factsheet untuk setiap tajuk, atas arahan kapten, Abg Syazwan selaku orang yang paling tua dalam team. Ehem, ehem..
So, bila tiba waktu pertandingan, kitorang diiringi Abg Syatir dan Kak Azie. Kak Kiah kena jaga team IIC yang baru 1st time masuk tournament besra macam ni. Ntahlah, tak berani nak komen sangat Debat Fomca ni. Team ada sampai 20 lebih kot, nam masuk 30 pasukan coz institute perguruan, IPTS dan kolej matrikulasi dibenarkan masuk bertanding. Tapi ada 5 pusingan awal saja, which is agak larr crucial, kalau menang 4 pun belum tentu masuk quarter lagi. Cuak geLL.
1st match lawan IPKB, maybe pasal baru nak warm up kot, semua orang perform sangat teruk and terlebih masa, tak bangun mencelahnya, akhirnya kitorang menang 2-1 jerr, margin tak ingat. And for the 1st time diri ini satu team dengan kajol, diri ini dapat best speaker. Terkejut gak, tapi Alhamdulillah.
2nd match lawan UM. Wahh, cuak larr gak nak lawan UM. Dah larr semua team antar yang senior-senior tak beringat punya. UM dibarisi Otel, Ali Asyraf dengan budak baru, tak ingat sape nama dia. Alhamdulillah, kitorang boleh pulak perform dengan baik and menang match tu, sekali lagi hanya dengan 2-1. Kajol best speaker. Dia dah start dah.
3rd match lawan UKM, petang, hari yang sama. Kepala dah start pening. Otak dah penat tapi kena push gak untuk match ni. Dengan tajuk yang agak larr lahar dan memeningkan, diri ini dengan Syazwan memang blur sepanjang debate tu. Kajol jerr yang bangun mencelah, kiotrang pun tak paham apa yang dia paham. Walaupun match tu lawan member kitorang, Aria and Anis jerr, tapi ntah larr, tak boleh pick up langsung apa yang diorang argue. Tapi rezeki dah tertulis kan, kitorang menang 3-0, kajol best speaker.
4th match lawan UMS, keesokan harinya. Tajuk yang diri sendiri buat research, pasal rokok. Haruslah banyak geLL facts keluar. Namun akhirnya, disebabkan beberapa kesilapan waktu tengah debate tu, kitorang kalah 2-1. Sedih ok. Hani UMS best speaker.
5th macth lawan USIM, cuak ni. Harus menang untuk layak ke quarter. Rasanya debate tu tak larr fight pun tapi kitorang menang 2-1 jerr. Tak sure sapa best speaker, silent round. Waktu tengah tunggu result debate round 5 tu, sempat lagi berkira-kira kalau kiotrang kalah match tadi, kiotrang akan jadi team UIA yang ke berapa tak layak ke quarter. Alhamdulillah, Allah masih mahu kitorang meneruskan perjuangan di quarter. Hampir-hampir tak masuk quarter tau coz kiotrang ranking number 6. Terhina larr pulak. Tapi tak pa, perjuangan harus diteruskan.
Quarter lawan UiTM, dibarisi oleh Mahzuan, Nizam (Bonat) and Mon. Cuak larr gak, Mon and Nizam baru champ integrity, Mahzuan and Nizam pun menang Royal Junior tahun lepas. Harus kitorang kena berjaga-jaga. Debate tajuk pasal fast food. Rasanya semua dah perform dengan baik. Tempat kiotrang lawan tu penuh dengan orang, semua nak tengok kitorang lawan. Tapi by the time Mon bangun lepas Kajol, kitorang macam lemas semacam, tak tau kenapa. Then silap diri sendiri waktu gulung tu, tak attack Mon punya bidasan betul-betul, lepas selesai menggulung tu, rasa gelabah semacam. Macam ada yang tak kena. The n bila announce result, tahniahlah, kitorang kalah 4-1 margin 1. Sangat sedih. Tapi lepas lawan UiTM, diri ini sangat banyak belajar, lebih-lebih lagi lepas tengok UiTM lawan UM waktu semi final. Ali Asyraf sangat bagus waktu match tu.
Anyway, tahniah kepada UM coz jadi champion Debat FOMCA 2007, tahniah gak kat UNITEN coz dapat mara ke final and jadi tuan rumah yang baik. Tempat tido and makanan best, Cuma LO or usher kitorang jerr yang tak mesra alam, sangat garang pulak tu. Huhu..jangan marah. To my beloved ex-teammates; Abg Syazwan yang asyik keluar facts Syarikat Apple dia, Kajol dengan Syarikat Lafarge dia and Non yang emos kalau orang tak tengok dia waktu debate, korang memang best, Cuma mungkin tak dak rezeki kita waktu tu. Huhu.. Kepada semua advisors, coaches, seniors and friends yang datang tengok kitorang debate, thank you for the support.
February 12th, 2008 at 12:00 am
Diri ini antara ribuan pasang mata yang menyaksikan jatuh bangunnya team uiam plm debat Fomca07 ini..sampaila kepada pertemuan uiam dan uitm.
u did da best!