PPM 2007…SAKTI yang hilang saktinya..
PPM 2007..hmmm…1 harapan yang cukup besar buat kontinjen MCKK a.k.a koleq untuk beberapa perkara.
1. Basketball- untuk mempertahankan kejuaraan sejak 2004.
2. Debat Bahasa Melayu pulak, untuk mneeruskan siri kejuaraan sejak menang di PPM Zon Utara dan Debat Piala UIAM 2007
3. English Debating Team semakin tertekan, kerana mereka juga perlu menang sekurang-kurangnya 1 lagi piala selain daripada Johan PPM Zon Utara untuk menyamai rekod dengan budak-budak debate BM.
Begitulah harapan yang dibawa ke PPM di SAKTI pada penghujung bulan Mei yang lalu. Keputusannya, semua sedia maklum, Cagers (basketball koleq) seperti biasa menjadi johan tanpa saingan di pertandingan akhir, menang mudah dengan score 3 digit hatta team tahun ni bak kata Mr Liew, tak lar kuat macam team-team sebelum ni, tapi inilah yang dinamakan rezeki.
For English Debating Team, you guys made a great achievement coz manage to reach to the semi final and perform well in the semis even the judge decided to give the winning to STAR. Congrats to Ed as the captain, Nab yang makin membesar, Zulikhwan yang semakin nakal waktu semi tu and Rashad as the reserve for the team. Even though korang tak menang di mata hakim, korang dah menang di hati kitorang semua (cikgu,old boys and supporters).
Untuk adik-adik debate BM, sabarlah. Mungkin rezeki korang dah tertulis di Loh Mahfuz bahawasanya korang akan tewas di 1st quarter sejak tahun lepas lagi. Dan kali ini korang ditakdirkan tewas di tangan SASER, sekolah yang tidak pernah dijangka mampu memberi saingan akhirnya menewaskan korang dan membuatkan korang semua menangis. Tak pa lah, Allah itu Maha Adil, walaupun korang semua dah perform dengan baik waktu 1st quarter tu, Aslam bukak kes dengan sangat baik, Alleng yang pandai mengusik dan Fendy yang semakin improve dari segi bidasan, penggulungan Aslam yang sangat menyentap seolah-olah telah memberikan petanda bahawa 2nd quarter sedang menanti untuk bertemu dengan SAINA, lawan favorite korang, tapi apakan daya, hanya kerana ‘kognitif’ dan ‘PIPP’ akhirnya perjuangan Aslam dan Aleng selama 5 tahun terhenti begitu sahaja.
Bila kalah semua menangis. Benar, semua orang berasa kecewa dan berasa sengsara. Benar, semua orang ada tekanan dan semua orang ada perasaan. Namun selaku hamba Allah yang sentiasa diuji oleh Tuhannya, Allah sekadar ingin melihat, bagaimanakah kita mampu mendepani segala cabaran dan dugaan yang mendatang dan mengekang? Menuding jari kepada sesiapa sahaja yang diingini atau duduk bermuhasabah diri?
Ada 1 keadaan yang ingin saya puji, pertama kali saya melihat dengan mata sendiri. Apabila kitorang kalah PPM 2004 kat Syed Putra, diri ini dan yang lain-lain teresak-esak menangis. Tiba-tiba semua orang dikejutkan dengan bacaan Yaasin oleh Zaim, sambil air mata mengalir, Yaasin dialun dengan penuh rasa rendah diri, memohon petunjuk dari Ilahi. Mungkin kita semua acapkali memperlekehkan tindakan Zaim yang gemar membaca Yaasin, namun sekiranya tabiat Zaim itulah yang mampu membuatkan beliau berjaya sehingga sekarang, kenapa tidak kita contohi apa yang terbaik daripada tabiatnya.
Tapi tak perlu larr korang buat sajak khas untuk semua cikgu koleq macam dia buat waktu Teacher’s Day hari tu, itu OVER namanya. Tapi begitulah adat resam dunia. Hidup ini umpama roda, sekejap kita berada di atas, sekejap kita berada di bawah. Tatkala kita berada di atas, adakah kita akan bangga diri sehingga lupa segala yang ada di atas muka bumi? Dan tatkala kita berada di bawah, adakah kita sudah putus asa sehingga merasakan diri lemah dan hanya pandai berkeluh kesah? Renungkan bersama…
TEACHERS
Cikgu Sharifah Norazam
Cikgu Umikalthum
Cikgu Azfa
Cikgu Safaliza
Cikgu Azmi Ali
OLD BOYS
Mr Rafizi Ramli
Mr Syahril Nizam
Mr Farquar Haqqani
Mr Bukhari Yusof
Me, myself..
TEAM (BM and ENGLISH)
Aslam
Ed
Aleng
Nab
Fendy
Zulikhwan
Rashad
Aqwa
Fido
Yuhaikal
Nash
Aniep
Shahir
GOOD LUCK UNTUK TAHUN DEPAN!!!! WAKARASE!!!!
October 15th, 2007 at 9:26 am
long live KOLEQ’s debating teams!
October 27th, 2007 at 7:19 am
p
November 5th, 2007 at 3:00 am
sy yg bc blog ni lak yg nangis…hhuhu
February 13th, 2008 at 10:46 am
Owh… SASER menang keatas MC…. baru kutahu… hehehe… dah lama x mendengar khabar SASER… huhuhu
October 12th, 2008 at 11:29 am
Hello.
reflects the couple’s low-key approach to their royal connections.
Bye.
October 25th, 2008 at 9:17 am
to empaslels: don’t really get what are you trying to say..
huhuhu