Pertandingan Debat Di Raja 2007
UIAM Senior 1
Abg Jepp
Abg Daud
Kajol
Abg Syazwan
UIAM Senior 2
Izzat
Husna
Abg Boy
Abg Hairi
UIAM Junior 1
Pijat
Sharibo’
Zaki
Amalindas
UIAM Junior 2
Anne
Ezuwan Gem
Wawa
Za’ba
Pembantu
Jasmin Aha aha~
Redhup Cover
Pertandingan debat paling berprestij di Malaysia walaupun hadiah yang ditawarkan tidaklah sebanyak dan selumayan Pertandingan Debat IKIM, tapi status selaku johan royal amat besar ertinya. Kali ini UITM selaku tuan rumahnya. Berikut merupakan keputusan team Senior 2 (team lain aku tak ingat, sorry)
1st match
UMS Senior 1 v UIAM Senior 2
Menang
Margin: 1
Best speaker: 1st speaker UMS
2nd match
UIAM Senior 2 v UITM Senior 1
Kalah
Margin: 2
Best speaker: 3rd speaker UITM
3rd match
UIAM Senior 2 v UPSI Senior 1
Menang
Margin: 4.67
Best speaker: Husna
4th match
UMS Senior 1 v UIAM Senior 2
Menang
Margin: 8
Best speaker: Husna
5th match
UIAM Senior 2 v UTem
Menang
Margin: 3.33
Best speaker: Abg Boy
6th macth
UITM Senior 2 v UIAM Senior 2
Kalah
Margin: 2
Best speaker: 2nd speaker UITM
Hasilnya, dengan keputusan menang 4 kalah 2, kitorang tidak tahu status kiotrang sama ada layak ke quarter ataupun tidak. Alhamdulillah, dengan izin Tuhan, kitorang layak ke quarter dengan kedudukan tempat ke-8 daripada 8 pasukan yang break ke quarter. Dan kitorang dijadualkan bertemu di suku akhir dengan pasukan UIAM Senior 1 selaku pasukan yang tidak pernah kalah dan berada di 1st rank.
Dalam pusingan suku akhir tersebut, perang saudara yang tercetus di antara adik-beradik ini telah menghasilkan sebuah perdebatan yang cukup berkualiti, kata pendebat universiti lain yang datang menyaksikan perlawanan tersebut.
Keputusannya, UIAM Senior 1 menang dengan juri 4-1, pendebat terbaik terpecah kepada 2 undi Abg Daud, 2 undi Kajol dan 1 undi untuk aku. Tersentap sekejap aku pun dapat undi best speaker. Tapi berdasarkan pengiraan markah, Abg Daud dinobatkan sebagai pendebat terbaik dalam perlawanan tersebut. Tahniah buat pasukan UIAM Senior 1.
Di peringkat separuh akhir, pasukan UIAM Senior1 menentang UITM Senior 1, alhamdulillah, dengan juri 5-0, pasukan UIAM Senior 1 layak ke peringkat akhir dengan Abg Daud meragut title best speaker.
Dalam perlawanan peringkat akhir, UIAM ditemukan dengan UM. Dengan keadaan sepanjang perdebatan yang agak clear cut, akhirnya UIAM dinobatkan selaku Johan Pertandingan Debat Di Raja 2007 Kategori Utama setelah kali terakhir memenanginya pada 2001 (team Abg Cipul). Dan pendebat terbaik, tidak lain dan tidak bukan, Abg Daud.
Tahun ini bileh dikatakan sebagai zaman emas UIAM kerana untuk kategori lain yakni Bahasa Inggeris Senior dan Junior, serta Bahasa Arab, UIAM menyapu licin gelaran johan, Cuma kategori Junior Bahasa Melayu sahaja yang terlepas dari tangan UIAM.
Tidak dilupakan, Husna pula telah menggondol gelaran pendebat terbaik keseluruhan untuk kategori Bahasa Melayu.
Tahniah buat UIAM!!!