Pertandingan Debat Kefahaman Islam 2007

Sehari selepas Pertandingan Debat Perpaduan, Debat Kefahaman Islam anjuran IKIM telah dijalankan.

Pasukan UIAM, terdiri daripada;
Abg Jepp
Kak Jijah
Sharibo’
Pijat

Alhamdulillah pasukan ini tidak menghadapi masalah untuk mucul juara di peringkat kumpulan. Di peringkat suku akhir, pasukan UIAM ditemukan dengan Johan Debat IKIM 2006, UMS. Dalam perdebatan yang cukup sengit, pasukan UIAM berjaya meloloskan diri ke peringkat separuh akhir.
Di peringkat separuh akhir, UIAM dijadualkan bertemu dengan UM. Dengan perbezaan markah dalam nilai perpuluhan sahaja, UIAM tewas di tangan UM. Dalam perlawanan penentuan tempat ke-3/ke-4, UIAM menentang UTM dan keputusan yang agak mengejutkan diterima keran UIAM diumukan berada di tangga ke-4. Dalam perlawanan peringkat akhir, UM telah berjaya menjadi johan dengan mengatasi USIM.
Kepada pasukan UIAM, cuba lagi di hari muka. Usaha tangga kejayaan.
Sekian, terimalah..

Leave a Reply