Pertandingan Debat Perdana Integriti 2008

Bertempat di USM, pertandingan anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) telah diadakan pada 1-5 Februari 2008. UIAM melalui 2 pasukannya telah dihantar ke USM, yang terdiri daripada;

UIAM 1
Abg Syazwan
Kajol
Izzat
Abg Hairi

UIAM 2
Husna
Non
Sharibo’
Pijat

Berikut merupakan keputusan perlawanan bagi UIAM 1

1st match
Swing v UIAM 1
Menang 3-0
Margin: 6
Best speaker: Kajol

2nd match
UIAM 1 v UKM 2
Menang 2-1
Margin: 1
Best speaker: 2nd speaker UKM

3rd match
UPNM v UIAM 1
Menang 3-0
Margin: 5/6 (tak ingat sebenarnya)
Best speaker: Izzat

4th match
UIAM 1 v UIAM 2
Menang 2-1
Margin: 7
Best speaker: Kajol

5th match
UM 1 v UIAM 1
Menang 2-1
Margin: 2.5
Best speaker: Kajol

6th match
UIAM 1 v UM 1
Kalah 3-0
Margin: 5 (tak ingat sebenarnya)
Best speaker: 2nd speaker UM

Maka, atas keputusan yang sedemikian rupa, UIAM 1 berada di ranking ke-3 keseluruhan dan UIAM 2 berada di ranking ke-6, maka akan bertemu sekali lagi adik beradik ini di peringkat suku akhir.
Berikut merupakan keputusan pusingan menang mara atau juga dikenali sebagai kalah mati:

Suku Akhir
UIAM 2 v UIAM 1
Pemenang: UIAM 1
Juri: 4-1
Best speaker: Kajol

Separuh Akhir
UNITEN v UIAM 1
Pemenang: UNITEN
Juri: 4-1
Best speaker: 2nd speaker UNITEN

Maka, terkuburlah sekali lagi perjuangan UIAM di dalam Pertandingan Debat Integriti setelah tahun 2007 kami tewas, juga di peringkat separuh akhir. Namun, apa yang dapat dinilai berdasarkan pertandingan ini adalah, wujudnya sindrom 3rd speaker yang tidak lagi membidas menggunakan fakta sebaliknya hanya menaburkan analogi yang mampu membuatkan orang ketawa walaupun tidak berkaitan dan juga ketidakmahuan untuk membincangkan usul yang bersifat status quo, dan ketidakmahuan ini diterima oleh jemaah hakim, membuatkan para pendebat boleh menaburkan segala macam fakta, sama ada berkaitan dengan usul ataupun tidak.
Kecenderungan untuk memberikan lebih markah kepada fakta yang dilambakkan tanpa dihuraikan menyebabkan ia bukan lagi digelar sebagai sebuah perdebatan yang ilmiah untuk membincangkan sebab musabab sesuatu perkara. Fakta dan contoh hanyalah digunakan untuk menyokong penghujahan dan asas cadangan atau bangkangan. Maka, stigma sebegini perlu dihakis dan dikikis, jika tidak ia akan menjadi trend yang akhirnya merosakkan kualiti sesebuah perdebatan.
Tahniah kepada UM kerana telah menjadi Johan dalam pertandingan ini.
Sekian, terimalah…

Leave a Reply