Pertandingan Debat Perpaduan 2007

Team UIAM
Abg Syazwan
Anthony
Abg Zaki
Kak Haneen

Bertempat di UMP, satu-satunya pertandingan yang mewajibkan kaum bukan Bumiputera di dalam pasukan dan bukan Bumiputera itu perlu berdebat. Dengan persediaan tidak sampai pun seminggu kerana baru sahaj tamat Pertandingan Debat Di Raja, pasukan ini bertolak ke Pahang dengan harapan dan keajaiban.
Alhamdulillah, pasukan ini menunjukkan keputusan yang menakjubkan kerana mereka berjaya menewaskan pasukan yang kuat sebagai contoh UITM dalam pusingan ke-3 dan Abg Syazwan telah berjaya mendapatkan gelaran pendebat terbaik keseluruhan dalam pertandingan. Cuma di pusingan ke-6 , kerana sedikit ting tong, mereka tewas di tangan UM namun Syazwan kekal sebagai pendebat terbaik.
Dalam pusingan suku akhir, UIAM dijadualkan bertemu dengan UMS. Dalam perdebatan yang cukup sengit ini, namun atas beberapa kesilapan, UIAM tewas kepada UMS.
Tahniah kepada pasukan UIAM kerana mampu pergi sejauh itu dengan persediaan tidak sampai seminggu dan Anthony yang baru belajar berdebat. Tahniah juga diucapkan kepada Johan Debat Perpaduan 2007, UITM.
Cuba lagi di masa hadapan!!

Leave a Reply