Pertandingan Pidato Kemerdekaan 2007
Awal bulan September, tak ingat berapa hari bulan, tapi for sure waktu tu Pak Lah nak bentangkan Bajet 2008. Terpilih mewakili UIA untuk pertandingan ni. Macam cuak gak sebenarnya pasal tahun 2006 Abg Daud sudah menjadi johan dengan jayanya, lepas tu dia suka larr menekan orang jangan bagi piala tu pergi kat tempat lain. Over sangat. Dengan record aku yang tak pernah champ dalam apa-apa pertandingan pidato atau debate peringkat kebangsaan ni, macam-macam pulak yang dia mintak.
Maka, bertolaklah ke Unimas, Sarawak, pada pagi Jumaat tu, bersama Kak Azie, officer SPICE yang sangat tabah dan pasrah, dan juga Danial (wakil UIA for English category). Sudahlah disebabkan pak cik yang bawak Unser tu seronok bercerita tentang kisah hidup dia lantas kereta diperlahankan akhirnya kami terlepas flight. Tahniah buat kami bertiga dan tahniah buat pak cik Unser kerana telah berjaya membuatkan kami terlepas flight!
Tapi lepas tu ok jerr, selamat flight berikutnya ada kosong and kitorang bertiga dimasukkan dalam list stand by. Tapi the next flight tu ada 2 jerr kosong. So, Danial terpaksa tunggu flight yang satu lagi. Sabar yerr Danial.
Sampai saja kat Unimas, waktu nak masuk bilik tu, aku dengan Uzair and sorang junior dia (budak UMT), macam confuse kejap. Kenapa? Pasal kat luar bilik tu high heels sampai 2. Lepas tu kitorang dengar orang mandi dalam shower and suara perempuan. Terus terasa pelik, takkan Unimas menyediakan perkhidmatan ‘extra’ kot kat peserta pidato kali ni? Terus kitorang tungu kat luar bilik jerr and pangil budak Unimas nak check sama ada kitorang salah bilik keapa ke.
Rupa-rupanya dua wanita itu yang tersalah bilik. Tahniahlah. Lepas diorang abis make up apa yang patut, maka mereka pun menyahkan diri dari bilik itu. Petang tu tak dak apa-apa aktiviti yang best melainkan taklimat oleh En Khair dan cabut nombor giliran.
Keesokan harinya, Sabtu. Pertandingan bermula. Pada saringan pertama, aku telah ditempatkan di ranking ke-3, dibelakang Abg Bob dan Otel. Pada peringkat separuh akhir, aku berjaya menaikkan ranking ke tempat ke-2. Selepas pertandingan separuh akhir tu, aku diserang penyakit kepala yang amat sangat dahsyat. Seriously, tanyalah Danial and Kak Azie. Angin macam penuh 1 kepala tu, tarik rambut sikit keluar angina, urut kepala sikit keluar angin. Dahsyatnya ya Rabbi, hanya Allah yang lebih Mengetahui. Ingatkan lepas tidur sekejap dah ok larr, rupa-rupanya tak ok jugak. Kesannya, malam tu nak prepara tak jadi nak prepare sangat sebenarnya pasal dahsyat sangat sakit kepala. Tanyalah Danial, memang horror ok. Aku pun tak tau pasal apa jadi macam tu. Malam tu sempat larr tanya opinion Abg Daud macam mana nak approach tajuk tu, kemudian aku terus tidur.
Alhamdulillah, keesokan paginya, hari Ahad, sakit kepalaku hilang. Maka pagi itulah baru preparation untuk final betul-betul dibuat. Ya Allah cuaknya aku! Orang lain yang masuk final semua dah prepare malam semalam, aku baru nak prepare hari ni. Nak buat macam mana, dah sakit kepala. Tak pa, tak kisah larr bila, yang penting make sure bersedia. Aku dapat giliran number 4 daripada 5 finalists, dengan tajuk ‘Demi Kemajuan Negara Kita Perlu Pendang Belakang’, maka pidato pun disampaikan dengan seadanya. Alhamdulillah, selepas turun dari stage tu, ada yang kata boleh dapat top 3, aku pun ok jerr. Prinsip aku mudah jerr, kalau ada rezeki, adalah tu. Maka, apabila keputusan diumumkan, aku mendapat tempat ke-4, tersentap sekejap. Tapi atas rasa tidak kufur nikmat dan pasrah dengan ketentuan Ilahi, aku menerima dengan hati yang terbuka. Dah tertulis kat Loh Mahfuz itulah rezeki aku nak buat macam mana. Johan disandang oleh Abg Nizam (UiTM), Naib Johan Abg Bob (UKM) dan tempat ke-3 Otel (UM). Dengan perbezaan 0.14 di belakang Otel, aku tercampak ke tangga ke-4. Apa boleh buat, sudah nasib badan.
Petang tu, jalan-jalan dengan En Khair dan Kak Azie kat Bandar Kuching, Danial jumpa member dia kejap. En Khair merumuskan pertandingan ini sebenarnya adalah pertandingan siapa yang lebih berpengalaman. Dan kalau diikutkan keputusan, memang betul apa yang En Khair katakan, namun apa yang perlu dilakukan di masa hadapan adalah perlu cepat belajar dan menguasai kemahiran yang dimiliki oleh mereka yang berpengalaman ni. Malam itu kami pun bertolak balik semula ke Tanah Semenanjung.
Tamatlah cerita tentang Pertandingan Pidato Kemerdekaan 2007. Terima kasih kepada En Khair atas nasihat yang sangat berguna, Kak Azie atas kesusah payahan melayan karenah kitorang. Kepada keluarga tercinta yang tidak pernah mempertikaikan passion diri ini dalam dunia pengucapan awam. Kepada semua coaches yang banyak membantu, senior dan tema-teman serta adik-adik yang banyak menyokong. Terima kasih atas sokongan kalian walaupun aku gagal mendpatkan apa yang kalian mahukan.
Sekian..