Pertandingan Pidato Peniti 2008

Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Kolej Ke-5 UPM setiap tahun bermula tahun 2005.
Tahun ini UIAM telah menghantar 4 orang pemidato untuk memeriahkan pertandingan ini:
Abg Raihan
Nana
Izzat
Pijat

Setelah sampai ke UPM dengan menaiki kereta Kak Azie (diva RPK) iaitu Savvy the Safari (bak kata Kak Maz) kami disambut oleh usher dan LO UPM yang sangat peramah. Di sebelah malamnya, cabutan nombor giliran diadakan. Nana nombor 2, Pijat nombor 12, aku nombor 17 dan Abg Raihan nombor 20.
Cabaran yang paling dahsyat dalam pertandingan ini adalah tajuk pemidato hanya akan diberikan 15 minit sebelum kita berucap, dan 15 minit itu digunakan untuk kuarantin. Dan tajuk yang disediakan kali ini bukan calang-calang, berkaitan dengan kuasa veto, pemanasan global, APEC, OPEC, kemelut ekonomi Amerika Syarikat dan banyak lagi.
Yang lebih menakutkan adalah, para pemidato dikehendaki berucap selama 12 minit yakni suatu jangka masa yang agak lama dan sangat azab untuk menunggu 12 minit itu berlalu. Berbekalkan perbincangan yang telah dilakukan sebelum ini, kami pasrah dengan ketentuan Ilahi.
Keesokan harinya, pertandingan dijalankan. Seramai 32 peserta dari pelbagai universiti di Malaysia mencuba nasib. Akhirnya, para hakim membuat keputusan untuk memilih 5 orang finalists:

Zaini (USIM)
Abg Bob (UKM)
Khairul Iqsan (UMS)
Amiruddin (UPM)
Aku (UIAM)

Sangat menakutkan bila menunggu result. Alhamdulillah aku masih berpeluang untuk meneruskan perjuangan di peringkat akhir. Pada peringkat akhir, aku mendapat giliran nombor 3, peserta yang di tengah-tengah. Dengan segala kudrat yang ada, aku menyampaikan pidato dengan segala yang termampu. Aku tahu aku bukan pandai sangat nak buat kelakar atas pentas atau menyusun ayat untuk menyebabkan semua orang ketawa terbahak-bahak, namun atas apa yang terdaaya, aku buat sahaja. Apabila keputusan diumumkan, aku sedikit tersentap tatkala nama aku diumumkan sebagai johan!!
Wahh, inilah kali pertama aku bergelar johan dalam pertandingan pidato di peringkat kebangsaan sepanjang hayatku!! Semestinya inilah sangat paling manis buat diriku ini. Huhu..
Kepada family kat rumah terima kasih kerana percaya kepada anak lelaki atau cucu lelalimu ini.hehe..
Kepada En Khair dan Kak Maz yang banyak memberikan kata-kata semangat dan dorongan, terima kasih banyak-banyak. Kepada coaches; Abg Cipul, Abg Atir terima kasih atas bantuan kalian. Kepada Kak Ana, terima kasih kerana masih terus mempercayai keupayaan saya. Sedih sekejap. Kepada Abg Daud, terima kasih atas tunjuk ajar selama ini. Kepada Abg Boy, terima kasih juga atas sokongan yang tak pernah putus kepada saya yang tak pernah champ apa-apa ni. Kepada Abg Raihan, Nana dan Pijat, terima kasih atas bantuan fakta dan sentiment korang yang malatop! Memang best sangat Peniti kali ni dengan korang semua. Kepada Kak Azie, terima kasih kerana banyak bersusah payah demi kitorang semua.
Kepada kawan-kawan dan adik-adik yang hadir secara fizikal mahupun berkirim kata semangat dari jauh; Wahid, Jasmin, Za’ba, Amal, Helman, Redza, Non, Kajol, Mek, Acit dan ramai lagi, terima kasih sangat-sangat korang.
Ni special sikit, kepada Mazru dan Ezuwan, korang memang the best supporters, thanks geLL kat korang. Walaupun aku tidur tidak berbantal kerana Mazru ambik bantal aku, tapi ketidakbantalan itu terbalas dengan kemenangan ini. Kepada adikku Fiqa (huhu, Redhu jangan jelez), Anne dan Redhu terima kasih banyak-banyak kerana sanggup menaiki komuter yang lembap tu untuk datang tengok kitorang dari pagi lagi.
Mungkin ada orang nak kata apasal mamat ni macam over excited tulis kat blog ni? Jawapanya mudah, kerana inilah kali pertama aku champ. Itu sahaja.
Sekian, terimalah~

Akhirnya kini pasti~

6 Responses to “Pertandingan Pidato Peniti 2008”

  1. FAIEZI ZACHRY Says:

    Tahniah zat..kau memamang layak..tahniah atas pencapaian kau…bak katakaulah
    “”"tatkala nama aku diumumkan sebagai johan!!
    Wahh, inilah kali pertama aku bergelar johan dalam pertandingan pidato di peringkat kebangsaan sepanjang hayatku!!”"”..

    Tahniah..moga ,maju jaya dalam banyak pertandingan lagi

  2. QuELLe AlLuRE Says:

    wah…
    menyalahka mzru tatkala ada insan lain yg memakai 3 bantal…
    aha..aha..

  3. zaim Says:

    salam.alhamdulillah! congratz izat! =)

  4. Ixan Says:

    Kalungan tahniah untuk insan yg berjaya~izzat!

  5. Farah Says:

    congrats izzat;-)

  6. FaisaL Says:

    congrats. =)

Leave a Reply