MC-RMC Carnival 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Aku pun tak sure berapa hari bulan Carnival MC-RMC hari tu, kira-kira 2 minggu lepas kot. Tak silap dalam 22-24 haribulan Februari, kalau tak silap. Kalau silap sori larr yerr.
Anyway, aku pergi tengok debate bm jerr coz dah nama pun coach kan. English punyerr tak sempat tengok coz waktu tu ada Pertandingan Pidato Antarabangsa kat PWTC, tengok Kajol pidato.
Overall result koleq waktu Carnival MC-RMC tu, mantap larr gak. Koleq yang zaman sekarang tak focus sangat sport activities ni berjaya menang semua games kecuali hoki seri 1-1, and kalah debate bm. Haha..sentap tak?

Ok larr,pasal debate bm yang aku pergi tengok hari tu, motion pasal ‘Sekolah Kluster Wajar Diteruskan Demi Kecemerlangan Pendidikan Negara’, lebih kurang macam tu larr kalau tak silap.
Koleq bertindak selaku kerajaan dan RMC bertindak selaku pembangkang. Secara jujurnya, memang koleq tidak perform. Nash sangat membaca, Aqwa tidak menjawab pertikaian pembangkang dan Fendy bagus seperti biasa tapi tidak cukup untuk cover lubang yang digali bersama-sama antara Nash dan Aqwa, dan penggulungan Aqwa menambahkan kedalaman lubang yang cOba dikambus oleh Fendy. Maka, atas keadaan itu, seperti biasa, apabila kita tidak sampai ke level kita, kita akan kalah, and it happens.
Tapi jauh di sudut hati, sedikit terklan dengan kualiti penjurian oleh RMC sebenarnya. Mengapa? Aku bukan terkilan tak tentu pasal. Normal practice adalah, kalau friendly debate antar 2 sekolah, ada 2 bentuk penjurian, sama ada memang betul ada hakim atau tidak ada hakim langsung. Dalam konteks carnival yang ala-ala pertandingan ini, smeestinya ada keputusan menang kalah, maka hakim diperlukan.

Sekiranya hakim diperlukan, kebiasaannya seorang cikgu daripada kedua-dua sekolah akan menghakimi pertandingan dan akan dijemput seorang lagi cikgu daripada sekolah luar atau mana-mana pihak yang tidak ada kena mengena dengan mana-mana sekolah untuk menjadi hakim ke-3 atau dengan kata lainnya menjadi penentu kerana sudah semestinya hakim daripada sekolah masing-masing memberikan kemenangan kepada sekolah masing-masing, benar? Hatta kalau bukan cikgu pun, jurulatih yang melatih sekolah tersebut telah membuktikan hipotesis ini tepat, maka sukar untuk dinafikan perkara ini bukan?
Lantas, atas sebab itulah, keterkilanan aku ni terjadi kerana dalam pertandingan tersebut hanya seorang hakim yang menghakimi pertandingan tersebut, dan tambah mengejutkan, hakim itu adalah guru debat RMC sendiri. Maknanya apa? Aha aha~ Korang boleh fikir sendiri apa maksudnya.
Mungkinlah ada masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan sehingga menjadikan keadaan sedemikian rupa, akan tetapi mengapa English debate yang berlangsung malam sebelum itu boleh pulak diadili oleh 3 hakim?

Keraguan sebegini perlu dielakkan dalam mana-mana pertandingan, tidak kisahlah debat persahabatan, Debat Dato Shukor, Piala Perdana Menteri, Minggu Bahasa mahupun pertandingan debat sekolah menengah terbesar di Malaysia yakni Debat Antara Sekolah Malaysia anjuran UIA.
Mungkin perkara yang boleh dijadikan teladan adalah penjurian yang diamalkan dalam Pertandingan Debat Antara Sekolah anjuran UIA yang menggunapakai format pertandingan debat Inter-Varsiti. Mengapa? Di sebalik cakap-cakap orang bahawa yang menjadi juri dalam pertandingan ini masih tidak matang, masih belajar, degree pun tak abis lagi dan lain-lain lagi, namun setidak-tidaknya juri-juri ini tahu untuk memberikan sebab dan justifikasi tentang sesuatu kekalahan dan kemenangan dan para pendebat/ peserta boleh bertanya terus kepada para hakim tentang keputusan mereka, komen-komen secara spesifik yang diperlukan untuk meningkatkan kualiti dan prestasi masing-masing dan sebagainya.
Bandingkan pulak tentang system penjurian di PPM, sudahlah komen-komen yang diberikan terlalu umum, contohnya tidka bidas ikut urutan, bahasa boleh diperbaiki,tidak dapat diketahui salah siapa, sama ada kerajaan atau pembangkang, kemudian setelah keputusan diumumkan, hakim-hakim dengan jayanya melarikan diri dan tidak mahu memberikan sebarang komen selepas itu. Kalaupun itulah komen-komen yang diberikan, bagaimanakah mereka boleh meningkatkan kualiti yang sedia ada? Ingat, para hakim bukan sekadar menghakimi pertandingan namun lebih daripada itu perlu membantu semua pendebat untuk meningkatkan kualiti dengan menunjukkan cara atau jalan penyelesaian kepada masalah yang diutarakan.Kalau inilah keadaannya, macam mana pendebat nak tingkatkan kualti dan kurangkan kontroversi? (pinjam sekejap tagline ni..hehehe)..

Tak pa lah, bagi sesiapa yang terbaca artikel ni dan bersetuju, cObalah korang bincang dengan cikgu-cikgu korang (bagi yang masih bersekolah ataupun coaches yang train mana-mana sekolah) tentang perubahan yang perlu dilakukan. Kadang-kadang kita perlu lantang bersuara supaya kita tidak terus dianiaya dan dipijak selamanya. Peruabahan perlu dilakukan, kalau dalam Pilihan Raya Umum ke-12 sudah wujud perubahan dalam pemikiran rakyat Malaysia, kenapa tidak dalam dunia perdebatan peringkat sekolah, perkara yang sama turut terlaksana? Biarlah bulan mengambang ditembak roket terbelah dua, namun jangan sampai pemikiran kita semua masih di takuk yang lama, reformasi hanya tinggal kata-kata, namun tidak pada zahirnya.

Sekian, terimalah~

One Response to “MC-RMC Carnival 2008”

  1. danial Says:

    Meletup ayat bwh tu!!!

Leave a Reply