Pilihan Raya Umum Kali Ke-12
8 Mac 2008, tarikh untuk rakyat Malaysia mengundi siapakah yang mereka mahukan untuk memimpin mereka untuk 5 tahun yang akan datang.
Aku kalau ikut umur sepatutnya dah boleh mengundi pasal tahun ni dah cukup 21 tahun tapi memandangkan birthday aku 15 Ogos, so tidaklah cukup 21 tahun lagi melainkan election tu diadakan pada bulan September, itu pun belum tentu boleh mengundi pasal nak berdaftar sebagai pengundi yang sah lagi sahih ambik masa sampai 3-6 bulan. Gayanya tidak boleh jugak larr aku nak mengundi tahun ni.
Ok, result semua dah tahu. Kezutan besar-besaran. Di Parlimen, BN hanya mampu mengumpul 140 kerusi manakala BA berjaya meluaskan pengaruhnya dengan mengumpul 82 kerusi. Tambah dahsyat, sasaran BN untuk menawan Kelantan bukan sahaja tidak tercapai malah Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor pula yang terlepas daripada genggaman.
Apa makna semua ini?
1) Isu-isu yang timbul kebelakangan ini seperti Hindraf, kenaikan harga minyak dan lain-lain yang dipandang enteng oleh BN ternyata banyak menghilangkan undi buat mereka. Buktinya, janji Samy Vellu, Presiden MIC untuk mengangkat darjat kaum India di Malaysia hanya tinggal janji apabila muka-muka yang sama sahaja dikekalkan untuk pilihan raya kali ni, lantas menghasilkan kekalahan besar-besaran hatta Presiden MIC sendiri tewas di Parlimen Sungai Siput, itu pun tak mau lepas jawatan selaku Presiden MIC lagi. Waduh, gawat benar~
2) Kegigihan Anwar Ibrahim yang sibuk berkempen di merata-rata tempat nyata sekali memberi implikasi yang besar dalam corak dan pola pengundian rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia masih tidak lupa agenda reformasi PKR setelah Anwar dipecat oleh Tun Dr Mahathir. Malah, tidak keterlaluan jika ingin dikatakan bahawa kemenangan banyak calok PKR kali ni adalah disebabkan faktor Anwar sendiri. Malah, sekiranya dikira daripada aspek kredibiliti, Nurul Izzah is nothing compared to Dato Shahrizat Jalil tapi atas dasar calon PKR itu adalah anak kepada Anwar Ibrahim, masyarakat Lembah Pantai mahu memberikan peluang kepada mereka untuk melakukan sesuatu untuk rakyat.
3) Media yang terlalu dikongkong oleh BN. Pada 8 Mac aku sempat tengok temu bual dengan tokoh-tokoh tempatan tentang pendapat mereka berkenaan election kali ni. Antara pendapat yang diutarakan adalah media saluran perdana yang digunakan sepenuhnya oleh BN menyebabkan rakyat sudah tidak berminat untuk emlayan propaganda sedemikian lantas beralih kepada saluran media alternatif termasuklah blog, akhbar dan media pembangkang, dan banyak lagi. Perkara ini agak tepat kerana sebelum ni, mana ada kat tv iklan khas untuk undilah BN, tapi baru-baru ni kan ada iklan ‘Undilah untuk Malaysia, Undilah BN’ dan banyak lagi. Kalau aku yang tak pernah benci BN ni pun dah meluat tengok, bayangkan orang-orang yang semestinya penyokong BA dan orang-orang yang atas pagar. Mungkin perkara ini yang tidak diperhatikan oleh pemimpin BN selama ini.
Sekian sahaja komen aku tentang election kali ni. Mungkin kekalahan ni mampu menyedarkan pemimpin BN supaya bekerja keras dan jangan terlalu yakin dengan keputusan election yang akan diterima kerana segala-galanya sudah berubah, lebih-lebih lagi setelah 50 tahun Negara ini mengecapi nikmat kemerdekaan. Tidak kisahlah siapa pun yang memrintah Negara ini, marilah sama-sama kita berdoa supaya Malaysia akan terus maju, dalam keadaan rasuah dan korupsi yang berkurangan, dalam keadaan pembangunan yang dinikmati adalah seimbang dan selari dengan aspek kemanusiaan, dan keamanan yang kita miliki dapat dikekalkan dan sentiasa bertambah baik dari masa ke masa.
Sekian, terimalah~
June 19th, 2008 at 2:49 am
Tempat aku dua-sua pihak menang..Parlimen,Dato’ Kong Cho Ha mengekalkan rekod cemerlang di Parlimen Lumut,sehingga dapat bergelar menteri/Timbalan menteri(kurang pasti) manakala Dun ak iaitu DUN Pasir Panjang adalah menteri besar Perak sekarang, Ir Nizar Jamaluddin.. beliau merupakan adik lecturer ak(dgr kata) berdasarkan undian tpt ak,parlimen diberikan kepada BN kerana rata2 rakyat masih mahu Barisan Nasional mengekalkan kuasa Kerasjaan Persekutuan,namun mahu memberi pengajaran kepada BN dengan memberikan Kerajaan Negeri Perak kepda Pakatan Rakyat,yg terdiri drpd Pas-PKR-DAP..melalui bacaan ak..BN amt selesa dengan kem,enangan besar PRU 2004 yg mencatatkan 90% kerusi parlimen milik BN dan menumbangkan Kerajaan PAS Terengganu..mungkin Allah melarang sikap riak n bongkak,Perak,Kedah,P.Pinang dan Selangor terlepas dari genggaman mereka,hasrat merampas Kelantan laksana kaca terhempas ke batu,malah calon Menteri Besar Kelantan skirnya BN mengmbil alih Kelantan,juge tewas dan mendiamkan diri di bachok.. kalau bukan jasa Sbah & Sarawak,Kerajaan Persekutuan telahpun dipimpin oleh Pakatan Rakyat.
Persoalannya,adakah benar BN lemah membuatkan mereka kalah? Tidak..mereka cukup kuat tambah dengan media perdana yg dikuasai mereka..tapi kenapa terjadi sedeminian?bg ak kealpaan pemimpin atasan BN..mcm ko ckp,bl rakyat terasa dikesampingkan,mereka akan beri sedikit pengajaran melalui kertas undi..lagi 1,kesombongan untuk mengakui kekuatan pembangkang adalah membunuh diri,taksub mengatakan faktor Anwar Ibrahim tidak lg relevan dlm dunia politik Msia dek kerana hny PKR mampu menang di Permatang Pauh kerusi parlimen,PRU 2008 menyaksikan,PKR memegang kerusi terbanyak dikuti DAP dan PAS,dan 1 kerusi Bebas,juge atas ihsan PAS memberi laluan di kelantan..
kesimpulannya,jika BN ingin merawat Kelantan,adalah baik rawat dahulu kepimpinan,kalau segala kulat itu dibersihkan,Bn akan kembali selesa di parlimen mahupun negeri..
June 19th, 2008 at 10:28 am
mantap!!
itu dia komen dr seorang cikgu!!
huhuhu..
apa2 hal pun, skrg kerajaan malaysia mmg dah huru hara..
dgn kes kat sabah lg..
tak tau alrr apa nak jd..