Interschool Debating Championship 2008 (PART 1)
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Setelah sekian lama aku duduk rumah, baru malam ni baru boleh update blog. Bukan apa, before this dah try tapi ada error mende ntah. H.I.N.A jaah! Huhu..
So, Interschool 2008 pun dah abis. Tahniah kepada juara baru,STAR for English category and SMAP Kajang untuk kategori Bahasa Melayu. Untuk Part 1 ni aku nak bercerita pasal komiti tahun ni.
Seperti yang korang sudah sedia maklum, tahun ni aku jadi Head Comm PC, memang banyak larr keje kan. Dahlah selalu orang bagi komiti ni kat orang yang experienced macam Kak Mun, Abg Jepp, tiba-tiba tahun ni kena kat aku pulak.
Tak pa lah, so nak dijadikan cerita dalam masa 2 hari preparation tu memang kelam kabut larr kan. Dengan 2 hari nak bua backdrop, nak buat master plan, nak print itu, print ini. Memang setiap hari tido pukul 3-4 pagi, bangun dalam 7-8 pagi pasal nak sambung buat keje (Subuh paham-paham jerr lah kan)
Nak dijadikan lebih cuak, Shaik, orang yang in charge untuk pentas selalu meghilang pasal dia ada exhibition kat KAED. Budak-budak komiti aku ni memanglah tak tau nak colur apa kat bahagian mana semua kan, kenalah tunggu dia. Nak call tak dapat pasal bateri hp dia macam ting tong sekejap, so kirim salam jer lah.
Alhamdulillah, dengan bantuan Redhu and Poji, backdrop tu dapatlah diselesaikan dan pentas pun dapat dihias dengan jayanya (berdasarkan kapasiti wang yang dimiliki). Huhuhu..
Walaupun ada suara-suara sumbang yang meminta supaya backdrop tu diturunkan, aku tegar untuk membiarkan ia terus berada di atas pentas. The only reason why I want it to be there is because I know how hard for my sub-comms to make it. Tido 3-4 pagi, bangun 8 pagi, then senang-senang nak suruh turunkan, itu namanya tidak tahu menghargai usaha orang lain. And secara jujurnya, aku terpaksa mengakui yang backdrop dan pentas kali ni tidaklah secantik sebelum-sebelum ni pasal kekurangan budget dan kekangan masa persediaan.itu belum tambah masalah tak dapat nak pinjam meja and kerusi AIKOL lagi lantas terpaksa menggunakan ijtihad memakai meja registration kat CAC. Huhu.. Maaf atas sebarang kesulitan.
And sepanjang tournament berlangsung, komiti aku gak yang membantu Tabs untuk menjadi hakim, ramai gak larr yang jadi. Bean yang asalnya tak jadi komiti pun pasal ada hal family mende ntah datang untuk keje jadi PC and merangkap hakim sekali sampai mendapat mesej sinis daripada Abg Raf. Huhu…
Untuk English category pulak, aku sangat kesian kat Faiz, Pipon, Izzati and Zamir yang memang all out conduct English category pasal budak-budak English lain memang tak boleh diharap. To Nabilah gak, thanks sangat-sangat pasal tolong buat Ratio, alaaa salah sikit-sikit tu biasalah. Mana ada benda yang perfect kan? Tapi for the 1st time, ok lah tu, siap untung lagi kan? Jangan risau.
Apa-apa pun, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada komiti aku yang memang best, Cuma ada2,3 orang yang selalu meghilangkan diri tanpa sebab. Siapa? Siapa yang makan gula, dialah terasa manisnya. Huhu… tak dilupkan kepada Kak Mun, terima kasih sangat amat kerana banyak membantu kitorang melalui nasihat-nasihat Kak Mun yang ala-ala ibu tu. Huhuhu..
Special thanks to Kajol and Faiz, assistants aku yang sangat banyak membantu. Tak tau nak describe macam mana. Speechless. Hehe..
Ok, kepada komiti-komiti lain, terima kasih sangat-sangat kerana memberikan kerjasama yang mantap!
Tribute to PC 2008
Kajol (panadol for Dewangga Sakti)
Faiz (susun meja waktu dinner)
Wawaz (lost & found)
Pipon (peminat setia Mila)
Zack (Chao Praya)
Azura (gadis desa)
Khairun (PDA datang awal)
Azimah (cermat mengecat sehingga dikritik Redhu)
Dod (penjaga budak-budak SK Sg Pusu)
Zamir (ketua kain)
Farah (driver Kak Aliza & Abg Daud)
Zaimah (ermmm..buat Ratio?)
Nabilah (pasti buat Rato)
Shaik (Sekian..hahaha)
Poji (pembantu Shaik yang berjaya, peminjam laptop Pornstar..hahaha)
Redhu (pembantu Shaik yang berbakat, very the 2 faces..hahaha)
Acit (budak misteri yang macam chipsmore, suka cakap Indon, aku pun tak paham)
Qimah (Bonda Kui)
Jasmin (pelakon berjaya, selalu nak lari daripada buat kerja)
Mazru (pelakon Darth MazRhu yang berjaya, pun sama)
Shazzy (demam larr pulak)
Hilmi (kerja kerja!! Huhu)
Bean (jangan obsess dengan Anwar Ibrahim)
April 29th, 2008 at 11:03 am
usah dimention lost & found..
itu hak mutlak committee abg wadi..
dia masa hari last tu siap mentioned;
“tak payah laa, lost n found tu ada under budak aku, PC hny umumkan aje…”
pedas tu..:p
April 30th, 2008 at 12:01 pm
kenapa cek dilibatkan jugak? ish…tau la hantar coaster masa nak amek kitorang dua orang ja!