Interschool Debating Championship 2008 (PART 2)
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dalam Part 1, aku dah cerita pasal komiti aku. Dalam Part 2 ni aku nak cerita pasal team yang aku train, MCKK.
Tahun ni ada problem tentang tarikh. Kenapa? Waktu Interschool telah mengumumkan tarikh pertandingannya, SERATAS pada waktu yang sama ingin mengadakan PPM Zon Utara. Lantas, terpaksalah 1st team dipisahkan dengan menghantar Yuhaikal ke SERATAS bagi mengetuai kontinjen BM pasal dialah paling experienced lepas Fendy. Untuk pengetahuan semua, tahun ni MCKK tidak lagi dibarisi oleh Aslam and Aleng (Amirul) kerna kedua-duanya sudah tamat belajar. Aleng telah mendapat 10A1 dalam SPM dan berhajat untuk menyambung pengajian dalam Medicine manakala Aslam mendapat 6A 4B dan berhajat menyambung pengajian dalam STPM. Aku dah pujuk dia masuk UIA tapi dia degil and nak ikut jejak langkah abang dia, so tak pa lah. It is a free country pun anyway. Huhu..so lepas nit ok sah dok tanya aku lagi mana budak 2 ekor tu nak pegi.Sekian, tamat pasal diorg dua.
Ok, lantas untuk PPM kali ni, dengan ketandusan debater yang boleh debate wakil koleq. Tak tau lah apasal, nak kata system training sekarang problem pun tak boleh gak, nak kata budak sekarang tak dak yang talented pun tak boleh gak. Tapi itulah masalahnya sekarang. Tak pa, nanti aku cari apa penawar untuk penyakit ni. Hehehe…
Ok lah, untuk rekod MCKK champ North Zone 2 tahun berturut-turut (2006-2007) menerusi team 2006: Aslam, Aleng, Fendy, Helman; 2007: Aslam, Aleng, Fendy, Aqwa. Tahun ni, disebabkan clash, terpaksalah hantar Firdaus (F4 baru), Yuhaikal, Aniep, Halim ke SERATAS. Helman ke SERATAS untuk tolong tengok diorang pasal aku sibuk organize Interschool kat UIA ni. Thanks Helman. Keputusan for BM, 1st match menang lawan Syed Putra, Yuhaikal best speaker. 2nd match dapat bye. 3rd match lawan SERATAS, kalah and 3rd speaker diorang dapat best speaker. Maka tamatlah sudah misi nak menjadi juara hatrick di Zon Utara. Tak pa lah, tak dak rezeki, nak buat macam mana kan? Tapi berdasarkan laporan Helman, budak-budak ni ada attitude problem and akan ku basuh diorang tak lama lagi. Nantikan saat penyeksaan itu. Huhu…
Ok, untuk pasukan ke UIA pulak, gandingan baru; Nash, Aqwa, Fendy, Azri. 2 Form 4, 1 Form 5, 1 F2. Aku yakin jerr dengan diorang ni walaupun agak baru si Nash dan Aqwa ni berbanding dengan Aslam and Aleng yang sudah debate wakil Koleq since F2 for UIA and PPM, budak 2 orang ni F3 baru start debate wakil Koleq, itu npun untuk debate UIA jerr. Tapi ok larr kan, at least ada 1 year experience.
Ok, secara keseluruhannya team ni menang semua 7 matches,and berada di 1st rank liga, tahniah, rekod baru untuk Koleq. Octo lawan Shah Pekan, tajuk pasal sekolah kluster. Aku tau budak-budak ni memang lahar bila debate pasal sekolah kluster tapi tak tau pasal apa tajuk tu jugak yang diorang pilih. Selamat menang 3-2, best speaker tak dak orang lain, Fendy. Dah larr waktu octo tu budak-budak UIA, junior-junior ni pegi tengok Koleq lawan. Diorang pulak dok bising pasal Fendy fotostat aku, ntahlah, aku pun tak tau.
Quarter lawan Taman Melawati, sekolah ni buat kezutan gak tahun ni pasal diorang berjaya menewaskan RMC di octo. Dalam match tu, aku dimaklumkan Koleq berjaya menang dengan jayanya, 7-0 and best speaker pun 7-0 kepada Fendy. Semi pulak match paling crucial, lawan MRSM Pontian. Memang 3rd speaker Pontian sangat bagus, Syafiq Shamsudin kalau tak silap aku nama dia. Dia tak perlu aksesori lawak-lawak ni, dia sangat straight forward and sangat sharp. And kebetulan match tu Fendy pulak tak perfom. Memang cuak larr kan. Selamat larr penggulungan Aqwa boleh tahan. Alhamdulillah, mungkinr ezeki budak-budak ni, diorang menang 5-4 and best speaker Syafiq. Tahniah Syafiq, kau memang mantap!!
So waktu final diorang lawan tajuk pasal pendidikan. Memang setiap kali diorang debate pasal usul pendidikan jerr aku dah start cuak pasal diorang ni memang lahar tajuk pendidikan. Buktinya, tengoklah diorang waktu lawan tajuk sekolah kluster tu. Secara keseluruhannya, bagi aku secara peribadi asas kes Koleq selaku kerajaan dah ok and pembangkang sebenarnya tidak membangkang dan hanya mempertikaikan tapi apabila pertikaian itu ditambah dengan persembahan yang berdegar-degar, meyakinkan para hakim untuk memberikan kemenangan kepada pasukan SMAP Kajang dengan juri 5-4.
Tahniah kepada pasukan SMAP Kajang. Kepada adik-adik Koleq, jangan sedih-sedih. Bersyukurlah kerana korang dah dapat melayakkan diri ke peringkat akhir and itu satu pencapaian yang amat membanggakan. Dari2004 sampai 2008 masuk final, 5 tahun berturut-turut, ada ke sekolah yang boleh buat rekod macam ni? Kiranya bersyukurlah dengan apa yang sudah kita perolehi. Jangan kufur nikmat baru senang mendapat berkat.
Tahniah gak kepada Fendy, berjaya mempertahankan kedudukan selaku overall best speaker 2 tahun berturut-turut and best speaker final pun 2 tahun berturut-turut. Memang dasar F1 aku. Huhu.. Aslam and Aleng, jangan jeles kalau korang tak dak F5, hahaha…
Ok, to English team, congrats coz korang berjaya mempertahankankejuaraan di North Zone, untuk yang pegi UIA pulak, jangan risau, ini baru 1 permulaan dalam carrier korang as a debater. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Umi dan Miss Sherry atas ketekunan korang dan kesabaran korang melayan karenah budak-budak zaman sekarang. To Abg Raf, thanks a lot, jangan banyak sangat piker, banyakkan berehat, atau kawin jerr lepas ni. Duit dah banyak tu. Huhu… To Helman, Haqa, Aslam, Aleng, Ed and Nab, terima kasih daun keladi kerana sudi turun untuk membantu adik-adik korang, berperananlah sebagai abang yang tegas selepas ni dalam mendidik adik-adik. Kepada semua yang mendoakan kejayaan MCKK, terima kasih banyak-banyak. Jasa korang hanya Allah yang mampu membalasnya. Apa-apa hal pun, PPM akan berlangsung kurang dari sebulan sahaja lagi, yang penting semua kena ALL OUT & BE STRONG!!!
Sekian..
April 30th, 2008 at 5:05 am
bler c tinggi menulis,
terimalah…
neway perfmance mckk mantap gell…
p/s:sajer nak kipas coz nak tuntut c tinggi nie belanjer…dah 3 bulan menunggu….
June 19th, 2008 at 2:25 am
amboi izzat..aslam ngan aleng xda f5 ye?
June 19th, 2008 at 10:26 am
hahaha..
nak buat mcm mana..
fakta atau auta?
June 30th, 2008 at 1:14 pm
“Aslam and Aleng, jangan jeles kalau korang tak dak F5, hahaha…”
ehm.. form 5 aslam ngan aleng paling cool skali tau!!
July 2nd, 2008 at 9:26 am
a’ah kan jepp..
cool sgt sampai tak ambik tau pasal budak2 tu..
huhuhu..
maybe larr kau tanya bdk2 english…
tapi f5 aslam dlm konteks bm debater mcm SEPI jerr..
hahaha…