Interschool Debating Championship 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Wah~ sekarang tengah musim final exam. Ada lagi 1 paper yang tinggal, Family Law 1 hari Isnin ni, paper yang dapat CAM paling rendah di peringkat antarabangsa, 22/40 ok..

Sekali dengan Kajol, itulah, sama-sama tak baca buku. Tahniah buat kami berdua. Huhu..
Anyway, Interschool dah dekat. Bagi yang tak tahu and bagi yang dah tahu, tahun ni Interschool akan diadakan dari 11-16 April 2008. Untuk kategori Bahasa Melayu akan diadakan di KAED dan ENGIN, and for the English category it will be conducted at AIKOL and ECONS (wah, speaking sangat~) huhu..
So, sama-samalah kita tengok apa yang akan berlaku. Tahun lepas aku ditempatkan dalam Committee Publicity & Protocol bersama dengan Kak Ain dan Kak Ricca, dan dibantu oleh Kak Haneen. Tahun ni aku diamanahkan untuk handle Committee Program Coordinator (PC) dibantu oleh Kajol dan Faiz (budak English).

Banyak geLL kerja nak kena buat; buat master plan, uruskan pentas, performance, MC, cari orang buat flash etc. Dahlah masing-masing masih baru dalam komiti PC ni, so gOOd luck larr yerr teman-teman.
Tapi aku patut bersyukur kot pasal kitorang banyak dibantu oleh Kak Mun, satu-satunya Presiden KDBM yang berjantina wanita dan Kak Maz, advisor KDBM merangkap advisor Interschool. Banyak tunjuk ajar yang diberikan dan nasihat yang dicurahkan. Moga-moga Allah membalas jasa baik kedua-dua insane ini. Huhu..

So, memandangkan Interschool dah dekat, terdengar larr sini dan sana orang mengagak siapakah juara Interschool kali ni. Untuk rekod, champion for BM; 2002: KISAS, 2003: SEMESTI, 2004: MRSM Taiping, 2005: SAS, 2006: SBPI Gombak and 2007: MCKK.

For English; 2003: RMC, 2004-2006: St Xavier and 2007: SAS. St Xavier berjaya mempertahankan kejuaraan 3 tahun berturut-turut dan MCKK berjaya layak ke final sejak 2004 hinggalah 2007, akhirnya 2007 baru merasai nikmat sang juara setelah kecundang di pentas akhir sebelum ni. Huhuhu..
Tak silap sekarang dah ada 84 team untuk BM dan 78 team untuk English, kalau tak silap larr. Masih menunggu confirmation daripada Zaki, Penolong Pengarah Program (jawatan yang tertera dalam Berita Harian baru-baru ni) huhuhu..

Yang menariknya untuk SBP di sebelah Zon Utara pada waktu Interschool dijalankan, gedik larr ada 1 sekolah yang organize PPM Zon Utara tahun ni nak buat waktu tu. Maka adalah beberapa sekolah yang tak berapa nak ramai sangat debater diorang terpaksa dikerah ke PPM Zon Utara atas kehendak Pengetua dan komitmen serta sokongan terhadap SBP. Kesian~ Yang sekolah tu pun satu, cuba larr cari waktu lain. Tau larr sekolah tu tak masuk Interschool, tapi tak payah larr nak mengalih focus ke PPM Zon Utara. Sabarlah yerr adik-adik yang dikerah ke sana. Moga-moga usaha anda membuahkan hasil yang menakjubkan.

Dan tatkala Interschool tinggal beberapa hari saja lagi, banyak sekolah yang sibuk buat friendly untuk test power masing-masing. Antaranya SAS yang hari Khamis (3/4/2008) buat friendly debate dengan SSP, Ahad (6/4/2008) buat friendly dengan MCKK pulak. Teruskan usaha wahai pendebat muda!! Huhuhu…

Sekianlah dulu kot.. Kepada sesiapa yang berminat nak datang tengok, datang jerr lah Dialu-alukan, cuma makanan dan tempat tinggal tidak disediakan. Nak buat macam mana, budget tak cukup.
Kepada para pesera, selamat berdebat! Kepada para komiti, selamat berkerja! Kepada Abg Hairi dan Kak Mun, selamat maju jaya!
Sekian, terimalah~

3 Responses to “Interschool Debating Championship 2008”

  1. eccentric ezzah Says:

    ouh.gud luck organizing yah.
    semoga interschool thn ni will be as gud as last year’s & maybe even better. :))
    to every1.
    all the best.
    break both legs.
    haha.

  2. eccentric ezzah Says:

    ouh.gud luck organizing yah.
    semoga interschool thn ni will be as gud as last year’s & maybe even better. :))
    to every1.
    all the best.
    break both legs.
    haha.

  3. Sarah Says:

    salam izzat.

    kebetulan, i came across this entry while googling for debat piala terbuka uia 2008 (wkt tahun 2002 dulu, ni la namanya. tak sure plak kalau dah tukar nama skrg ni). bila dh went thru ur frnster, i think i know u. maybe u dont recognize me. akak tua 2-3 thn dr kamu. tp kalau betullah kamu 1 batch dgn zaim, akak rasa akak kenal :)
    bila baca entry ni, terasa rindu sgt dgn debat. tambah plak bila tgk gmbr2 kamu ada gmbr geng2 lama akak dulu. i mean, yg sezaman dgn akak. ada shazwan, hairie, daud. n our beloved abg cipul.

    n bila baca list of history kt atas tu, tersenyum sat akak. i was in the kisas team 2002 :)
    all the best. smga makin mantap. akak dah jd debater pencen dah. x de chance utk terus aktif. all the best ok!

Leave a Reply