Pertandingan Pidato Rakan Muda 2008
Tuesday, May 6th, 2008Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Sekadar makluman, Pertandingan Pidato Rakan Muda 2008 akan diadakan dari 8-10 Mei 2008.
Pendaftaran akan djalankan pada 8 hb Mei, Saringan akan diadakan pada 9 hb Mei dan Pertandingan Akhir akan diadakan pada 10 hb Mei.
Aku tak dapat maklumat tentang tentatif and start pukul berapa etc, tapi kalau aku tau, nanti aku update yerr.
Untuk makluman semua, tahun ni Pertandingan Pidato Rakan Muda akan diadakan di UIAM, Gombak memandangkan UIA merupakan johan pada tahun lepas.
Tahun lepas, aku dengam Kajol masuk competition ni, ditakdrikan Kajol johan dan aku hanya mampu menyandang naib johan, rezeki masing-masing, nak bua macam mana.
Anyway, good luck untuk calon UIAM untuk this competition. Pertahankan kejuaraan walaupun risikonya adalah kita akan menjadi tuan rumah pertandingan ini sampai bila-bila.
Huhuhu…
Sekian…