Debat Alam Sekitar 2008: Harapan Tidak Kesampaian
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Lama tak menulis pasal sangat,amat bz. Macam biasalah, dah nama pun student, debater pulak tu. Paham-paham jer lah.
So, hari tu aku masuk Debat Alam Sekitar kat Universiti Malaysia Sabah (UMS). Tiba-tiba jaa aku jadi kapten, tugas berat bangat pasal UIA dah champ tournament ni 3 tahun berturut-turut. So, misi kali ni nak menjadikan kejuaraan kali ke-4 berturut-turut.
Team: Kajol, Syazwan, Bo’ and aku. Line up kitorg mmg tak tau and sukar diagak, sampai kat UMS baru kitorg tau. Training kitorg biasa-biasa jer pasal masing-masing susah nak commit untuk training sekali, 1 malam tu ada jer org yg ada class etc. So, bila 1,2 malam sebelum pegi baru kitorg boleh debate sekali as a team. Dengan team sparring yang tak berapa betul-betul boleh mencabar tahap pemikiran kitorg, sebab tu kitorg bermula kempen kejuaraan kali ni dengan hambar bila demo debate buat kat CFS UIA, PJ, kitorg sangat bosan dan lahar. Abg Lan and coaches lain jadi sangat risau.
So, bila En Khair dah announce line up team, adalah seperti berikut:
Kalau kerajaan;
PM Syazwan
TPM Izzat (gulung)
M3 Kajol (bangun 2 kali)
Kalau pembangkang;
KP Izzat (gulung)
TKP Bo’
P3 Kajol (bangun 2 kali)
Berikut adalah result kitorg sepanjang tournament ni:
Pusingan 1
Kerajaan : UIAM
Pembangkang : UM
Juri : 3-0
Margin : 7.73
Pendebat terbaik : Mohd Zulfadhli (UM)
Pemenang : UM
Sentap ok lepas kalah 1st macth, so kitorg pun menetapkan sasaran mengurangkan hutang margin.
Alhamdulillah, 5 matches berikutnya, rezeki memihak kepada kitorg.
Pusingan 2
Kerajaan : UMP
Pembangkang : UIAM
Juri : 3-0
Margin : 3
Pendebat terbaik : Farhan Nor Diyana (UIAM)
Pemenang : UIAM
Pusingan 3
Kerajaan : UNITEN
Pembangkang : UIAM
Juri : 3-0
Margin : 5.6
Pendebat terbaik : Farhan Nor Diyana (UIAM)
Pemenang : UIAM
Pusingan 4
Kerajaan : UIAM
Pembangkang : UUM
Juri : 3-0
Margin : 4.3
Pendebat terbaik : Muhammad Izzat (UIAM)
Pemenang : UIAM
Pusingan 5
Kerajaan : UIAM
Pembangkang : USM
Juri : 2-1
Margin : (tak ingat)
Pendebat terbaik : Farhan Nor Diyana (UIAM)
Pemenang : UIAM
Pusingan 6
Kerajaan : UPSI
Pembangkang : UIAM
Juri : 3-0
Margin : (tak ingat)
Pendebat terbaik : Farhan Nor Diyana (UIAM)
Pemenang : UIAM
Then, dengan 5 kemenangan, kitorg berada pada 2nd rank, belakang UITM selaku team yang tak pernah kalah. Alhamdulillah, laluan kitorg di peringkat pusingan menang mara pun dipermudahkan Allah.
Suku Akhir
Kerajaan : USIM
Pembangkang : UIAM
Juri : 5-0
Margin : 8
Pendebat terbaik : Farhan Nor Diyana (UIAM)
Pemenang : UIAM
Cuak gell match quarter ni pasal skop definisi yang telah dibentangkan USIM sangat kecik and aku waktu tu sebagai 1st speaker sangat gelabah sampai soalan yang tak dak weight pun sebenarnya, tak boleh jawab and terus flop, down ok. And Abg Lan berpendapat aku patut tolak definisi dan jadikan debat tu debat definisi, which is something yang aku tak pernah buat and tak terfikir untuk buat, tapi match tu memang betul-betul mengajar aku.
So, pasal kelaharan aku waktu quarter tu, position kitorg bertukar. Kalau pembangkang, Syazwan jadi Ketua Pembangkang, aku jadi Timbalan Ketua Pembangkang, Kajol still jadi 3rd speaker. Siap tugasan menggulung diserahkan kepada Syazwan, memang aku rasa lubuk sangat waktu tu.
Separuh Akhir
Kerajaan : UTP
Pembangkang : UIAM
Juri : 5-0
Margin : 9.2
Pendebat terbaik : Farhan Nor Diyana (UIAM)
Pemenang : UIAM
Alhamdulillah, kitorg dapat melayakkan diri ke peringkat akhir. Waktu match ni aku tak berapa focus waktu discussion sebenarnya pasal risau dengan diri sendiri, sampailah aku detect 1 facts yang Junnyaruin (anchor UTP) ala-ala tak logic, and aku mencelah, sampai kantoikan dia. Lepas tu baru aku ada semangat balik. Tak tahan betul.
Alhamdulillah, final kitorg lawan UITM.Malam sebelum tu, lepas discussion dengan Abg Lan, Abg Lan suruh tgk video kitorg waktu semi and tunjuk apa kesalahan kitorg supaya kitorg sedar apa salah dan silap kitorg, dengan harapan jangan ulang waktu final besok.
Akhir
Kerajaan : UIAM
Pembangkang : UITM
Juri : 4-3
Margin : 1
Pendebat terbaik : Farhan Nor Diyana (UIAM)
Pemenang : UITM
Bila diorg announce Kajol best speaker final, kitorg expect dah boleh menang, tiba-tiba harapan kitorg hancur lebur bila UITM diisytiharkan juara baru Debat Alam Sekitar. Tak pa lah, apa boleh buat, dah tak dak rezeki. Down memang arr down tapi ini semua persoalan takdir, kitorg tak boleh kufur nikmat atas ketentuanNya. Lepas abis semua, besok paginya kitorg shopping kat Pasar Philippines, aku abis dekat RM600 gak r. huhuhuhu…
Anyway, aku secara peribadinya berasa sangat gembira walaupun kalah di final. Kenapa? Pasal aku berjaya memecahkan kata nista orang yang aku ada badi tak akan masuk final, sekarang, aku dah membuktikan telahan diorg salah. Hahaha… Cuma, masih menanti bila dan saatnya aku nak mengecapi nikmat menjuarai pertandingan debat pulak, mungkin masa yang menjadi persoalan.
Terima kasih kepada Abg Lan dan coaches lain yang tak putus-putus melatih dan mendidik kitorg, terima kasih bangat. To Dato Saifuddin Abdullah dan isteri, terima kasih banyak atas sokongan yang tidak terhingga serta makan malam yang mencecah ribuan ringgit. Hehehe… To En Khair and Kak Maz, terima kasih kerana menaruh kepercayaan kat kitorg. Tak dilupakan Senior-senior, rakan-rakan dan adik-adik yang senantisa mendoakan kejayaan kitorg. Sorry sangat-sangat kerana tidak berjaya menjuarai pertandingan kali ni, sama-samalah kita berusaha untuk pertandingan yang akan datang. Insya Allah..
September 3rd, 2008 at 10:02 pm
adakah peranan menggulung masa semi tu, seabb kelaharan hang atau saja nak bagi ceq peluang memandangkan abg lan malas nak layan lobian ceq? wakakaka..!!
September 6th, 2008 at 6:57 am
hehehe..ntah lerr..
cOba tanya abg lan sendiri..
hahaha
October 20th, 2008 at 12:03 am
Saya kagum dengan karakter kamu semasa berdebat.
October 20th, 2008 at 2:59 am
usahlah, saya ni debate teruk jah~