Setelah UIAM berjaya mempertahankan kejuaraan dalam Debat Alam Sekitar sekitar bulan Julai yang lalu, tugas dan tanggungjawab yang lebih besar adalah untuk meneruskan rentak kemenangan dalam Debat Kemerdekaan a.k.a Arkib yang diadakan tidak sampai 2 minggu selepas Debat Alam Sekitar. Tambah menggerunkan apabila UIAM membariskan nama-nama pendebat yang boleh dikategorikan sebagai agak muda, baru dalam dunia debat inter varsity serta tidak dikenali atau sepopular Abg Daud, Abg Jepp dan lain-lain. Apabila pengumuman team dibuat, team Arkib UIAM terdiri daripada diri ini, Abg Syazwan, Pijat dan Non. Kalau diikutkan dari segi pengalaman dari segi posisi, team ni semuanya terdiri daripada 1st speaker dan 2nd speaker. Wah, tahniahlah, tak dak 3rd speaker!!
Sudahlah diri ini yang dipertanggungjawabkan untuk memimpin pasukan, memang 1 amanah yang harus dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Sepanjang training, diri ini yang diletakkan sebagai 3rd speaker, wah, harus berubah karektor secepat mungkin. Daripada seorang 1st speaker yang agak skema, terlalu berstruktur dan tak pandai mengusik, akhirnya diri ini berubah menjadi seorang yang cOba membuat lawak, kadang-kadang berjaya, kadang-kadang tak, offensive dan over sekali sekala (berdasarkan pemerhatian ramai orang). Apa boleh buat, demi nama UIAM serta harapan para penasihat dan jurulatih, segala-galanya perlu dilakukan sebaik mungkin.
Team Arkib bertolak ke UNIMAP, Perlis bersama En Khair, Kak Kiah, Abg Shun, Abg Syatir,Kak Azie, Zaki dan team Alam Sekitar (kecuali Nana) berserta Abg Naim, driver Kiffah Travel yang sangat baik dan friendly. Sampai kat Perlis dah lewat malam, tak join pun dinner yang dikatakan ada tarian poco-poco tu.
Besoknya, perjuangan bermula. Dengan line up 1st Syazwan, 2nd Pijat, 3rd diri ini dan diri ini juga yang akan bangun menggulung, harapan kitorang semua adalah untuk memperoleh kemenangan dalam ketiga-tiga match pada hari pertama untuk memudahkan laluan pada keesokan hari. Tatkala panggilan pasukan dan pengesahan ahli pasukan, tatkala nama kami berempat disebut, semua orang memandang sinis, pasti semua orang menyangka kami ni budak baru yang mudah dibaham. Tak pa, kitorang menjunjung kata-kata Kak Maz, memandangkan kitorang semua muda dan baru, orang akan underestimate dan waktu tu lah kita akan tunjukkan taring dan kehebatan kita yang sebenar. Tunggu dan lihat.
1st macth, UIAM lawan UTP. Tajuk yang paling tidak dikehendaki keluar, blogging, and kitorang jadi pembangkang. Dah larr nak kena bekas teammate waktu kat koleq dulu, si Hairul, haruslah berjaga-jaga. Debat berlangsung. Hasilnya, dengan bilik yang sangat panas, peluh menitik-nitik, performance yang macam lahar jer and kitorang rasa macam kalah jerr, keputusannya kitorang menang 3-0, margin 5, best speaker diri ini. Selamat. Namun formation team diubah. Pijat direhatkan dan Non dimasukkan untuk 2nd match.
2nd match, lawan UMT. Tajuk yang sepatutnya telah dipotong sedari awal namun dimasukkan semula di saat-saat akhir, tajuk pasal Amerika Syarikat. Memang kitorang buat kes berdasarkan apa yang kitorang tau and facts pun yang kitorang agak-agak ingat tak ingat and rasa macam betul. Waktu nilah muncul celahan legend daripada Abg Syazwan. Huhu. Debat yang tidak terlalu hangat itu menyaksikan kitorang menang 2-1 jerr, margin sampai 9, best speaker diri ini. Aikk, pihak lawan mencelah 1 kali sepanjang perdebatan pun boleh jadi juri sampai 2-1 ke? Tak pa lah, kitorang bersyukur dan prepare untuk next round.
3rd match, lawan UDM. Dah petang, dengan penat dan sakit kepala, lawan pulak tajuk yang menuntut retorik, pasal perjuangan mahasiswa. Dengan 1001 percanggahan, dan bidasan yang dirasakan tak sharp, diri ini perform agak larr teruk. Waktu match ni Non perform agak baik dan semua orang target Non best speaker. Bila announce result, Alhamdulillah, kitorang menang 3-0, margin tak ingat, best speaker diri ini. Wahh, layak ke? Huhu.. Terus Abg Daud and Abg Zaki emos apasal diri ini yang dapat best speaker, siap unanimous pulak tu, jangan marah. Apa-apa pun, bersyukur kepada Tuhan.
Petang tu makan seafood kat Kuala Perlis. Sangat sedap dan sangat kenyang. Post mortem dijalankan untuk kaji salah silap kitorang sepanjang hari ni so that tak ulang lagi untuk keesokan harinya.
Keesokan harinya, 4th match lawan UNIMAS. Tajuk pasal guru dan modal insan. Kesilapan strategi kerana tidak meluaskan konsep modal insan sewaktu awal bangkangan kes pembangkang menyaksikan kitorang akhirnya kalah 2-1, margin tak ingat, best speaker Norafidah, UNIMAS. Walaupun Abg Shun kata tahap sinikal diri ini dan bidasan dah banyak improve untuk match kali ini, malah teknik menukar suara untuk membidas Norafidah telah menyebabkan dia emos, hakim-hakim nampaknya tidak mampu untuk melawan sentiment betapa guru adalah insane yang bertanggungjawab untuk menyediakan modal insan. Down sekejap, tapi segera bounce back untuk next macth. Kitorang perlukan 1 lagi kemenangan untuk layak ke quarter.
5th macth, sekali lagi menentang UDM. Tajuk pasal dasar pecah dan perintah. Berdebat di bilik yang sangat panas, hasilnya debat tu hangat pasal suasana yang hangat, bukan hangat pasal hujah atau bidasan yang mantap. Keputusannya, kitorang menang 2-1, best speaker diri ini. Alhamdulillah.
6th macth, lawan UMS. Waktu kat Alam Sekita, round 6 pun lawan UMS. UIA menang tapi best speaker terlepas kat Lailatul Qamar, pendebat wanita UMS. Kali ni di Arkib, kitorang berdepan dengan team UMS yang menjadi Johan Debat IKIM 2006, cuak larr gak. Tapi dengan penuh keazaman, kiotrang lawan jerr. Tajuk iklan,Syazwan hustler tajuk-tajuk hiburan ni so dia memang supply facts kat diri ini dan Non jerr sepanjang perdebatan. Mantap!! Dan disebabkan kemantapan Syazwan dan kepenatan diri ini, penggulungan diserahkan kepada Syazwan dan Syazwan melakukannya dengan baik sekali. Hebat!! Silent round, besok baru tau result.
Hari ketiga di Perlis, keputusan match round 6, kitorang menang 2-1, best speaker diri ini. Syukur ke hadrat Ilahi. Kitorang berada di ranking ke-3 keseluruhan, bawah UiTM dan UM. Tatkala pengumuman overall best speaker dan ranking top 10 best speaker, diri ini berjaya meloloskan diri di ranking ke-5, berkongsi score yang sama dengan Mon. Alhamdulillah. Oh lupa, untuk knock out round, Non direhatkan dan Pijat dimasukkan.
Quarter final, menentang USM. Tajuk pasal semangat Za’ba. Kitorang jadi pembangkang, agak terkejut dengan kes kerajaan tapi kitorang dapat cope dengan konsep longgar kerajaan. Keseluruhan debat tu ok jerr, Cuma biasalah ada kesilapan-kesilapan kecil yang dilakukan dan seperti biasa, kitorang dapat detect kesilapan pihak lawan yang paling besar di akhir-akhir dan di hujung perdebatan, kalau tak waktu membidas, ak pun waktu debat terbuka, tak pun waktu penggulungan. Keputusannya, kitorang menang dengan juri 2-1, best speaker diri ini. Alhamdulillah. Next round pasti lebih berbahaya.
Semi final. Lawan UM. Risau sikit lawan UM ni, coz dah pernah kalah dengan UM waktu semi integrity awal tahun ni. Tapi, apa nak cuak, lawan and belasah jerr lah. Tajuk khidmat negara. Kitorang kerajaan. Debate tu keseluruhannya ok, malah seronok pulak bila diri ini dapat usik Otel sampai berpeluh-peluh dia and Nampak emos semacam, tapi kesilapan kitorang waktu ni adalah tak attack alternative yang diorang bagi. Plus tak downgrade bidasan Otel. Tapi semestinya debat tu sangat fight. Keadaan sangat-sangat 50-50. Bila umum result, best speaker Otel, diri ini rasa rak sedap hati dah. Dengan juri 3-2, kitorang kalah, dengan margin 2 jerr. Sedih sangat. Tapi apa boleh buat, dah tercatit kat Loh Mahfuz yang rezeki kitorang sampai semi jer..
Apa-apa hal pun, tahniah kepada UiTM for being the champion for this debate, congrats too to UM for being the finalist this time. Kalau kat Alam Sekitar, rekod tercipta UIAM menang hatrick, kat Arkib pun rekod tercipta apabila hatrick UIAM terkandas di semi final, since 2005 sampai larr 2007. Nak buat macam mana, segala-galanya telah ditakdirkan. Anyway, diri ini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada bekas teammates; Abg Syazwan, Pijat dan Non. Untuk makluman, kitorang berempat adalah pelajar Tahun 1, 3 orang pelajar jurusan Undang-Undang dan seorang tersesat dari Kuliyyah Kejuruteraan. Huhu.. Korang memang best!!
Kepada coaches dan advisors yang sentiasa membantu secara langsung mahupun tak langsung, yang membantu dari jauh mahupun dekat, terima kasih yang tidak terhingga kepada korang semua. Kepada team Alam Sekitar dan Zaki bakal presiden KDBM, terima kasih kerana datang untuk support kiotrang kat Perlis tatkala ramai orang yang pergi ke Kuantan, masih ada yang sudi memberi sokongan kepada kami, terima kasih banyak-banyak. Kepada senior, teman dan adik-adik dari CFS yang sentiasa menyokong dan memberikan kata-kata semangat, terima kasih sangat-sangat. Jasa korang semua sentiasa dihargai.